AHLAN WA SAHLAN

Friday, January 14, 2011

aku tidak rela melihatmu gembira dalam dosa

dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah LAGI Maha Pengasih,
alhamdulillah, syukur padaMu, YA RABBI kerana masih
memberi aku peluang untuk bernafas lagi di bumiMu..

astaghfirullahalazhim3x.... aku pohon keampunan dariMu ya RABBI
terlalu byk perkara2 lagha yang telah aku lakukan 
sepanjang hari ini justeru menambah dosa2 kecil
samada yang kusedari mahupun yg tidak aku sedari....

-----------------------------------------------the rest is history---------------------------------------

jom muhasabah diri...
aku selitkan buah tangan buat kalian hasil tulisan
ustaz PAHROL  MOHD JUOI...  

MAHKAMAH HATI

      Bukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian.Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus-menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada ALLAH.
        Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga.Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan.
        Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering digilis.
        Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya ALLAH yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan menang, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata.
       Ketika itu, tidak payah didatangkan saksi ataupun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan 'hidup' untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya body yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di Masyhar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.
       Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya.Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia.Fitrah sucinya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan jika tidak terus-terusan diabaikan.
         Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada ALLAH dan hati sendiri. Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu ALLAH dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setiap masa, setiap ketika dan di setiap suasana, hati kecil akan bersuara. Ia tidak akan tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran.
          Dosa itu derita kerana dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa, hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama, perlanggaran keatas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap ALLAH, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.
         Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan ALLAH, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan. Jadi, jagalah hati agar hati itu tidak mati!
         Rasulullah s.a.w. sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila baginda ditanyakan, apakah itu dosa?
Baginda menjawab:
      "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya."
        Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan-lahan atau mendadak. Mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak.... tidak akan ada sesiapa yang sudi mendekati kita.
         Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati! Dan sentiasalah percaya di mahkamah hati itu, ALLAH sentiasa dekat denganmu, sekalipun bila bersendirian.....

wallahu'alam sekadar perkongsian buat peringatan diriku dan jua dirimu...

semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan
"al-ilmu bila amalin kal majnun"
ilmu tanpa amal seperti orang gila
tamsilan yang mudah untuk difahami
insyaALLAH... 
jika kita miliki ilmu tapi tidak mengamalkan,
bererti kita tidak berguna pada diri sendiri mahupun org sekeliling..
ibarat orang gila yang sentiasa dengan dunianya..
ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah?!
sape kate pokok tidak berbuah tiada manfaatnya...
ya, mungkin bagi si pekebun memang pokok itu tidak mendatangkan hasil...
dalam erti kata lain tiada kegunaannya dalam memperolehi ganjaran..
tapi..
cuba kita lihat dari sudut pandangan yang berbeza...
tanpa pokok yang menghijau, dapatkah kita bernafas dengan mudah 
di bumi milik RABBI?!
tanpa pokok2 yang rendang, adakah kita tempat berteduh melepaskan lelah
barang sebentar?!
sekadar pandangan dari insan yang kurang ilmu di dada....
tepuk dada tanya iman!
untuk meneruskan langkah ini, 
aku sangat perlukan kalian yang bernama sahabat..

sesungguhnya jalan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!
wasiat dariku buatmu insan yang bergelar teman


No comments:

Post a Comment

DOA

DOA
Masthead Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!
Create your own banner at MyBannerMaker.com!

ukhwah fillah

ukhwah fillah