AHLAN WA SAHLAN

Saturday, December 18, 2010

musafir hina


wahai para pengembala pengembara sekalian..
ayuh ayun langkahmu...
bersama kita menjelajah bumi ciptaan KHALIK
menelusuri onak cabaran...
agar kita mengerti apa maknanya 
sebuah kehidupan

nota kaki: photo yang cantek kat atas tu SEMESTINYA bukan aku yg lukis.... copy&paste!!hehe

Friday, December 17, 2010

MENGAPA PERLU MUTABAAH?!

Salam alaik saudara-saudara seakidah sekalian...
Mengapa manusia perlu ber'mutabaah'??!...
Sebelum itu, apa itu mutabaah ya??
jom kita explore...
........................................................................................................................................................
Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan. Berbeza dengan mutaaba’ah, muhasabah tidak mengikuti dan mengawasi sesebuah program agar berjalan sesuai dengan yang telah direncanakan. Kata muhasabah berasal dari kata hasaba. Kata itu bererti, antara lain, jaazaa wa ‘aaqaba (mengganjari dan menghukum). Jadi, kata muhasabah bererti pengganjaran dan penghukuman.
....................................................................................................................................................................
dah tahu maksud mutabaah??
jom explore ape yang ade kat muatabaah ni....

___________________________________________________________________________________
1. Tilawah al Quran – Harian Satu Hizib sehari
2. Memelihara Solat Fardhu berjemaah & digalakkan berwirid selepas solat Harian Solat berjamaah di Masjid terutama Subuh dan Isya’

3. Membaca Ma’thurat Sughra Harian – 1 kali sehari

4. Beristighfar Harian – Setiap kali selepas solat

5. Memelihara sembahyang sunat rawatib – Harian

6. Membaca buku – sekurang-kurangnya ½ jam Harian Setiap hari

7. Riadhah (15 min sehari) Harian – 3 kali seminggu

8. Menghafaz ayat Al Quran Harian – Satu ayat sehari

9. Berinteraksi dengan jiran – Minima sekali seminggu

10. Riadhah Jamie Mingguan Setiap minggu

11. Qiam Fardi – Mingguan
 
12. Berpuasa Sunat Bulanan – 3 kali sebulan 
13. Berinteraksi ibu-bapa – Minima sekali seminggu 
14. Ziarah Kubur Bulanan – Setiap 2 bulan

15. Terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan

mutabaah amalan asas untuk individu
__________________________________________________________________




kenapa perlu mutabaah??
kerana mutabaah adalah amalan asas setiap individu..

Seruan menuntut kita beramal sebagai syarat memperoleh kejayaan. Adakalanya amalan yang dituntut itu membuatkan kita rasa terbeban dan tidak mampu untuk melakukannya.
Lantas, alasan-alasan dikeluarkan bagi meringankan tuntutan beramal. Semuanya ingin diringan dan dimudahkan supaya mengikut keselesaan hidup sedia ada.

Mengapa?

Masih belum merasa ia sebagai keperluan. Merasakan ia adalah beban. Tidak merasa keperluan umat yang sangat mendesak untuk setiap individu itu berubah.
Keperluan kepada ketenangan di dunia itu masih pada movie, bukannya pada zikir. Keperluan kepada kepada kepuasan hidup masih pada kebendaan, bukannya pada kebaikan.
Semuanya dirasakan sebagai beban akibat tidak faham dan menjiwai keperluan sebenar.
ISLAM itu mudah sahabat2 seperjuanganku....tapi bukan untuk dimudahkan, bukan untuk diremehkan!

pokoknya, perlukah kita memaksa diri kita untuk melakukan semua mutabaah tersebut?!
mari kita lihat hadits di bawah:

~iman itu bertambah dan berkurang~ maka isitiqamahlah pada ibadah anda walaupun sedikit

Nabi SAW. jgnlah kita beribadah semata kerana semangat kerna semangat akan luput
 
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ قَالَتْ فُلَانَةُ تَذْكُرُ مِنْ صَلَاتِهَا قَالَ مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ

Daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya dan dekat dengannya ada seorang perempuan. Rasulullah s.a.w. bertanya, siapakah dia ini. ‘Aishah menjawab, si fulanah dan beliau menyebutkan tentang sembahyang perempuan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukuplah. Hendaklah kamu beramal mengikut kemampuan kamu. Demi sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu merasa jemu. Dan agama yang paling disukai Allah ialah apa yang dilakukan seseorang secara berterusan. (al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Ahabb al-Din Ila Allah ‘Azza Wa Jalla Adwamuha)


jgnlah kelam kabut dalam ibadah, ibadah tu perlu dikawal......jika mampu buat lebih, buatlah yg termampu untuk diistiqamahkan...
lagi....

Nabi SAW marah (nasihat yg baik) orang tinggal ibadah, Nabi SAW juga marah orang buat secara berlebihan
~sebab tu kita kena ingat:
syariat itu adalah maslahah untuk manusia semata2, bukan untuk kepentingan Allah - kerana kita lah yang lebih berhajat kepada Allah SWT.

Al-Quran itu adalah wahyu, tidaklah dibaca Alquran itu melainkan supaya kita mentadabbur (menghayati),
 
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada-mu penuh dengan berkah supaya mereka memperhati-kan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad,38: 29)


bacalah Al-Quran dengan tartil, jgn tergopoh-gapoh mengejar kuantiti, ada sesetengah kita yang terlalu melampau dalam mengejar target yang tinggi sehingga hilang keindahan bacaan Alquran. bacalah Alquran dengan tenang...
 
“Dan apabila Al-Qur’an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A`raf,7: 204).



sistem mutabaah ni memerlukan kita menjelaskan dan memberi kefahaman akan dalil sahih terelbih dahulu sebelum kita memberitahu, "enti kena paksa sikit"

tak payah pergi jauh2 la, bacaan doa sebelum makan pun belum tentu lagi menurut sunnah Nabi SAW

betul tak?! hee... manusia ni mudah taqlik-mengikut semata-mata tanpa ada sumber yg sahih-
sebab tu kita tak nak melahirkan insan yang beramal kerana ikut halaqah, bila tak ikut halaqah hanyut.....
dengan memahami tujuan ibadah, merasa yakin bahwa ibadah dilakukan menurut tuntutan syara' dan bardasarkan sunnah Nabi SAW menjadikan seseorang tu dengan sendiri mengerti keperluan ibadah
jgn suka-suki langkah flow.....          
  al-fahmu->al-ikhlas->al-amal
merutinkan ibadah yang sikit lebih baik daripada memaksakan ibadah yang tak konsisten
tahap ibadah seseorang tu tak semesti sama dengan tahap ibadah seseorang yang lain......

jom baca cerita yg menarik ni!
nota  kaki:  wallau'alam....  aku mohon kebaikan atas tinta mujahadah ini...insyaALLAH... skadar tazkirah buat sahabat seperjuangan jua tazkirah buat hati ini yang sering lalai dan hanyut dibawa arus kenikmatan yang sementara...
(aku rindu halaqah itu)

[khabar gembira]

cute tazkirah from the beloved ones!

Thursday, December 16, 2010

its 0ver!

 Salam alaik...
finally, the hard day that i've through is 0ver....
start with ALSP....
for 4 days....
but arabic is best-ever!
love the "kalam jama'ie"
a.k.a choral speaking verse arabic
dancing part is the most I like
and praise to ALLAH...
we're the WINNER!

after 4 days with cute ustazah...
now its english session...
with a motherly madam...
love u madam
and ustazah too...
both of u...
but the worse thing that I hate
in ELSP,
we have to do DEBATE!
but.....
after that I've fall in love 
with Mr. DEBATE..hehe
its fun actually..




now....I'm sitting in front of my lappy
currently at my home sweet home...
wanna pretend like a big boss..
or maybe
practicing  to be a GOOD HOUSEWIFE!
hehe..
heaven.....





 why do I create this silly blog?!

BUAT YANG DIRINDUI

 assalamualaikum....
i just want to share what my beloved friend
had gave me today...
it's really touching....
and i really love u SW!?


U noe SW, U really makes me dehydrated..
U make me cry almost 1 litter of tears..
I miss U...
just..... THANKS A LOT


nota kaki: buat rakan2 STP, don't get me wrong! SW tu semestinya BUKAN ustaz SYAUQI WAZALI...... TAK DE KENA-MENGENA DENGAN INI GAMBAR?!
~PEACE~





kenape aku create blog ni?!

Sunday, December 12, 2010

puas

SALAM CERIA SEMUA...
just nak bagi tahu  group aku
iaitu Group 51
المجموعة 51
kumpulan 51
telah mendapat tempat pertama 
dalam pertandingan choral speking
versi arab.....
best..semuanye sporting habes..
korang tengok video ni...
nilaila same ade kitorang deserve tak
gelaran juara tu...
hahaha
credit tu Huda sebagai conductor 
yg berkaliber...


 ni ade sket yg sempat aku snap2..
klik2..kejap...gambar curik pon ade..haha
 ni group laen... 
tak silap aku group ni buat boria..rasenyelah..

 yang ni tengok je mesti korang dah tau kan...
ape lagi kalau bukan dikir barat...
oppps  dikir arab daa...






khas buat insan yg bernama NADIA!!hee


qabla~sebelum

ba'da~selepas

kelas ALSP&ELSP

~bangku kosong~lala

fakulti PQS~ tempat budak IchemTech selalu merempat..


2nd

johan...intibah3x..haha walaupon salah tapi tetap menang!

rakan2 seperjuangan di medan "kalam jama'ie"



Saturday, December 11, 2010

Satu Cinta



SATU CINTA
KU MEMOHON DALAM SUJUDKU PADAMU
AMPUNKANLAH SEGALA DOSA DALAM DIRI
KU PERCAYA ENGKAU BISA MENEGUHKAN PENDIRIANKU..KEIMANANKU
ENGKAU SATU CINTA YANG SELAMANYA AKU CARI
TIADA WAKTU KUTINGGALKAN DEMI CINTAKU KEPADAMU
WALAU SERIBU RINTANGAN KAN MENGHADANG DALAM DIRI
KUTEGUHKAN HATI INI
HANYA PADAMU……..KUPASRAHKAN……
OH TUHAN…..
SELAMATKANLAH HAMBA INI
DARI SEGALA FATAMORGANA DUNIA
OH TUHAN……
JAUHKANLAH HAMBA INI
DARI HIDUP YANG SIA-SIA


"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

SADIS

SALAM ALAIK...

Setelah berfikir separuh masak....
akhirnya  aku mengambil keputusan untuk menghapuskan
lagu tema tanah jajahan aku ni...
patut ke????
atas nasihat Pemerintah jiran seberang....
kerana lagu aku tu  best sangat2  tapi agak mengganggu 
saudagar2 dari seluruh pelosok dunia nak berdagang kat tanah  jajahan aku ni...
lagi pun aku respect die sebab dia tu senpai @ sunbae aku...
ye la orang dah lama membina empayar..aku kena ikut nasihat diorang..
tapi aku suke lagu tu....
korang suke ke?!
mungkin jugak korang tak suka kan?! kan?!
sebagai pemerintah yang mengamalkan konsep demokrasi
aku kena peka  terhadap  keadaan sekeliling....
bukan pekakkan telinga....
kalau korang perasan tulisan aku dah tak besar2..
sebesar alam gitu....
tu pon salah satu cadangan bernas yang di usulkan
pemerintah pulau utara....
terima kasih atas nasihat korang semua.....
from the bottom of my heart....

Wednesday, December 8, 2010

HOT..HOT..HOT...

BERITA HAIRAN

BERITA SENSASI PETANG INI.....
3 ORANG GADIS 'LENYAP'

NILAI, 3 orang gadis yang berumur 19 tahun dilaporkan lenyap daripada bilik masing-masing pada petang semalam. "Semalam kawan saya keluar petang,katanya nak keluar dengan kawannya" terang seorang kawan kepada salah seorang gadis yang lenyap tersebut...Kata kawan yang lain pula, kawannya kelihatan sangat gembira apabila keluar pada petang semalam tapi apabila ditanya destinasi yang dituju pantas dia menggelengkan kepala...Pihak polis mengalami sedikit kesukaran untuk mengesan 3 orang gadis tersebut kerana kekurangan saksi dan bahan bukti..Motif kehilangan juga tidak dapat dikesan....
Kata seorang pengawal keselamatan, gadis-gadis tersebut kelihatan super-duper excited semasa melangkah keluar dari pintu gerbang KKNC....polis pon dah naik pening menangani masalah tersebut..... "detective conan...bantu kami..." jerit salah seorang anggota berkuasa yang gagal menemukan sebarang bukti....jangan biarkan diri anda diselubungi misteri......
lagi berita sambung kat bawah..hahaha
.........................................................................................................................................................................
 yang ni cik NADIA  story telling...
apeda banyak sangat kawan-kawan..hahaha staight to the point...aku salah sorang gadis tersebut... eh...kalo aku dilaporkan lenyap camne aku bole type bende ni....... nak tahu cerita sebenar...... terus kan pembacaan anda....
       Alkisah bermula apabila suatu petang yang  damai, dua orang sahabat telah membuat keputusan yang sangat drastik....kamikaze...berani mati punye keputusan..untuk mengikut seorang rakan menaiki sebuah bas yang sangat dikenali ramai.... bas USIM....haha..simply said,kitorang merancang untuk 'outing'+'dating'+ 'meeting'= oudamet broken english lagi...rosak-rosak......ok berbalik pada topik asal....kitorang nak pergi meramaikan spesis2 homosapien di  PUSAT ISLAM kat KL tu...nak meng'imarah'kan majlis pelancaran TV ALHIJRAH hehe.. amacam setakat ni..bengang tak?? jangan marah nanti cepat tue....

       Belum naek bas hati dah panas...membakar..hish aku ni type yang inflammable jugak la...kekadang tu aku punye kadar explode tu drastically increase tanpa disedari... tu satu kelemahan aku...opss..dah tersalah masuk topik jajahan ni...ok. kite teruskan...hampir 45 minit jugak lah kitorang jadi penunggu setia kat depan pondok pak guard menanti 'sang arjuna'  pakcik bas... naseb baek ade jual air sejukkkk kat luar tu...sejuk sat hati aku ni...hehe... Then naek la bas...saat tu hati aku ni da happy sokmo dah... heaven...
Dekat sejam jugak la perjalanan menuju ke destinasi  yang di tuju... sampai je terus gi masjid negara...solat maghrib+isyak...... kat sana kitorang dilayan sangat2 istemewa..ape kate org tu...ermm buat macam rumah sendiri..hah macam tu la... suke hati korang la nak menapak kat mana...nak lepak2 kat mana...sebab lost terus..MIA..budak2 laen sebok mencari arah tuju... aku relax je.. ala setakat KL ni tanah tumpah darahku..hehhe... ye la anak jati selangor..adik-beradik KL la jugak tu... tapi korang tak tau paru2 aku ni dah nak hilang oksigen sebab korang sume buat muke blurr + ade budak tamhidi ni tanye aku macam la aku ni JAKSA yang menguruskan benda alah ni...haila..nasib badan..

       Perjalanan diteruskan, walaupon taktau arah tuju..aku redah je... kalo aku tunjuk kat korang aku tak tau  alamatnya haru la...hhehehe fake it till u make it...sesuai ke istilah tu?! hentam sajalah labu...Akhirnya setelah penat mendaki tangga2 yang mengalahkan batu cave(hyperbola semata)...
sempat pose lagi tu....

pose lagi...

kitorang sampailah jugak kat tempat pelancaran tu.... anak tekak ni dah mintak air....dehydrated! sabar ye anak2 ku....tunggu PM berucap dulu.... aku pon buat2 la dengar..padahal satu patah haram pon tak melekat kat telinga..hehe....selesai PM berucap kitorang mengambil keputusan untuk bersiar-siar sambil tu cari kedai yang ade jual air... ALHAMDULILLAH..anak2 tekakku selamat dimandikan dengan air kotak dutch lady... dalam perjalanan nak naek kat tangga tu...kitorang berbual pasal cite PAPADOM... Kata cik Kayla...cite tu sangat lucu..pantas aku meng'iya'kan...sambil tu mata aku pandang kat atas..bukan kat tangga.... Tiba-tiba....dua patah perkataan pantas meluncur dari mulutku..'FAHRIN AHMAD' kuat atau tak tu WALLAHU'ALAM...  hehe malu gile... konon2 nak control ayu..jalan tunduk..hehe  kawan-kawan laen sume dah speechless...  terkedu..terkejut siamang pon ade gak..nasib tak melompat time tu...  lepas tu cik Zety cakap "asal tak ambik gambar tadi..." ade sedikit kekesalan ya di situ... disokong pula cik Kayla....adush..memang fanatik gile deme ni..hehe jgn marah ye kawan2... aku buat muke selambe.. alah setakat FAHRIN AHMAD, ERI PUTRA ngan sape ntah lagi sorang tu....aku tak kesah sangat...hehe poyo habis! tak tau nak buat ape, kitorang meneruskan aktiviti yg terbengkalai...MELEPAK...haha...
lepak-lepak

       Tetiba kornea mata aku ni  dapat menangkap beberapa spesis homosapien yang sedang ambik makanan dekat2 ngan meja guest...macam aku kenal..tu bukan budak USIM ke??? bole makan ke kt situ??! eh, bukan ke kite ni guest jugak?! Tetiba ade satu suare tu cakap "bole je mkn kat situ..memang khas untuk tetamu"..ape lagi bagai org mengantuk di sorongkan bantal dengan pantasnye  aku menghayunkan kaki menuju ke arah buffet tersebut......... sate je yang sempai kitorang capai...bersyukurlah... Sedang enak menikmati keenakan sate tersebut..tetibe kornia mate aku ni tertangkap lagi satu kelibat yang sangat2 aku admire habes.... hish ape kena mate aku malam ni.. nak jadi mate superman ke bole tembus sana-sini?!
ADI AKMAL...tu yang bole aku cakap...memang smart habes  without glasses pulak tu... cair la sekejap..haha baca betul2 ea..sekejap tau..tak lame....pas boring2 melepak,tetibe sorang gentleman ni datang kat kitorang...."dik, pelajar USIMkan?" pantas kepala ini menangguk...." bas dah tunggu kat tempat tadi, nanti bagi tau kawan2 laen tau..karang ade yg tertinggal pulak..." sambung mamat tadi...sempat lagi buat lawak tu...
terus aku tengok jam... dah dekat pukul 10.30 rupenye....leka sungguh... ape lagi..teruslah menapak kat bas...
hehe..penat nak menaip sebenarnya...idea nak mengarang pon dah kontang... senang cakap kitorang selamat sampai kat daerah permai KKNC...ALHAMDULILLAH...

.....................................................................................................................................................................
sambungan BERITA HAIRAN....

3 orang gadis yang dilaporkan hilang pada petang tadi ditemui selamat pulang pada malam yang sama dalam keadaan yang mencurigakan... semuanya senyum2 kambing bile masuk ke bilik masing2... adakah ini dinamakan mental disorder?!..hhahaha.. renung2kan... bile ditemubual salah seorang mangsa, keadaannya sangat mencurigakan pihak berkuasa.....senyum memanjang sambil berkata.." FAHRIN ngan ERI nak ambik gambar ngan kitorang tadi...tapi malangnya kitorang memang tak nak... tak nak publisiti murahan..(kononnya)..".......pihak berkuasa saat tu takat didih memang dah exceed 100 degree...haha haila bersabar la ye... "ultraman...spiderman..cicakman...shin chan.... goku....sape2 yang ade kuase..tolong fire budak 3 ekor ni....." jerit salah seorang pihak berkuasa yang dah naek hantu....... "makkkk tolong..."
Akhirnya masalah dapat diselesaikan tanpa bantuan Detective Conan....
buat yang tak kenal adi akmal.. ni la adi akmal saya



nota kaki: sorry kalo citer aku ni meleret-leret..aku bukan pencerita yang bagus.... and buat mangsa2 keadaan kat atas tu maaf sesangat kalo ade kata2 yang menhiris bagai sembilu..hehehhe... i didn't mean it!! kalo jangka masa tu tak tepat abaikan lah ye..aku men redah je bende ni..ape yang ingat je...~peace~  

Tuesday, December 7, 2010

satu cerita part I

      Ini satu kesah tentang seorang manusia yang dilahirkan sebagai seorang insan yang lemah pada pandangan manusia...sebuah cerita tentang kehidupan di pentas lakonan mayapada dipenuhi pelakon2 hebat....kesah suka duka sebagai seorang manusia yang menggalas pelbagai amanah, sebagai khalifah, sebagai anak, sebagai insan...dan segalanya bermula di Hospital Teluk Anson (name dulu) apabila seorang bayi comel dilahirkan di
dunia yang penuh dengan keindahan ciptaan ILAHI penuh jua dengan permainan tipu daya sang Taghut durjana.kelahirannya sempurna seperti bayi2 yang lain..tiada cacat cela..bersyukur si ibu melihat bayinya yang dilahirkan dalam keadaan sehat sejahtera...doanya dimakbulkan RABBUL IZZATI..gembira hati si abah tatkala melihat anak keduanya mampu menangis dan tersenyum..segalanya normal..normal seperti bayi2 lain yang dapat melihat dunia....saat ini, yang pasti si bayi hanya mampu menangis dan ketawa sebagai wasilah antara si ibu dan anak..antara si abah dan anak..yang pasti jua...si bayi ini pantas bersyukur kepada PENCIPTAnya kerana mengurniakan dua orang malaikat sebagai penjaganya di planet yang bernama bumi
      Ketika usia masih hijau..masih kecil, si bayi sangat comel keletahnya...sifatnya yang manja sering menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya... pendek kata, si kecil ini seringkali menjadi rebutan dalam kalangan saudaranya memandangkan hanya dia, si kecil comel yang wujud dalam dunia kecil keluarga si ibu..





nota kaki: erkk..si penulis cerita nak break jap...sambung len kali ek..nak join kengkawan
brunch=breakfast+lunch(broken eng.)

Saturday, December 4, 2010

nothing-to-do

 salam alaik..

terasa bosan sungguh hari ni..
tinggal sesorang kat dalam rumah pulak tu...
home-alone!
i hate this situation too-much!
kalo sehari tak pe la jugak...
ade la dalam 60 jam...
ni aku rase macam POW..
sengsara..haha 
tu la ko sape suruh antisoc.
kan da susah x bergaul ngan org..
sape kate aku antisoc..
aku cume tak nak jage tepi kain org too-much..
(betul ke?!)
what-ever
aku ade hobi baru..
menjelajah novel hhehe....
tapi bukan novel melayu...
novel abg salleh pulak..wee~
skandal mana pulak ni?!
en.RAM and HLOVATE..
saye tak curang tau...
nak try novel tulisan SIDNEY SHELDON
na-na-na.. bukan novel lovey-dovey okey
thriller habes citer ni..
 .....................
bosan aku ni dah naek tahap petala ke lapan..haha
siyes aku b0san tahap gaban ni...
tatau nak buat ape..
.......
ahah!
suddenly  something cross-my-mind
interesting.my hobby. love it.
sleeping...haha
bole bukak kilang pas ni..
huh tak senonoh!
bace dibenarkan tapi percaya dilarang sama sekali
hehe
enough.nonsense.what-so-ever
i'm leaving..caio..astalabista
wanna continue my reading..
TELL ME YOUR DREAMS



 POW = prisoner of war
 antisoc = anti social

Tuesday, November 30, 2010

~[k][e][s][a][h] hari ini~

 salam alaik..
dah lame aku tak lawat tanah jajahan aku nih..
dah kering kontang rasenye..hehe
ape kaba kenkawan sume?
harap sehat sejahtera hendaknya..
ada cerita apa ya arini??
actually nak upload pic dulu
tapi ade masalah pulak ngan line kat sini...
sabar jela... nak bukak ni pon tadi
ambik masa lebih kurang 2000 saat..
pergh!! menguji tahap kesabaran betol...
lets begin the story.....
___________________________________________________________________________________
tarikh: ari ni punye date daa..
hari: selepas ahad b4 ari selasa..means???
seas0n : exam spring-winter
tempat :daerah permai!!
bile sebot exam je mesti korang engat aku nak citer pasal paper kan..haha
sorry but u're absolutely WRONG!..
pasal tu aku citer kat tanah jajahan aku yang len pulak

okey jom mulakan pengembaraan bersama makyam's family..

5.50 a.m: shower time..solat subuh + dzikir pagi amalan Rasulullah S.A.W

6.30 a.m: buat bekalan untuk perjalanan yang bakal ditempuhi........

6.50 a.m: lawat jiran depan rumah..tolong ape yang patot..

7.30 a.m: tunggu pemandu setia kami..menanti dan terus menanti....

7.45 a.m: pemandu tersayang datang bawa kami ke pra-destinasi utama

8.20 a.m: naek kenderaan panjang yang banyak pintu
amacam..best tak kete byk pintu ni..hehe

9.20 a.m: naek pacuan empat roda sederhana panjang                       (bukan limousine yee..) yang akan menghubungkan kami ke destinasi utama...sebelom tu pekena sarapan dulu..lapar.... ..

                  10.05 a.m: akhirnya...destinasi yang menjadi impian kami sejak 
dapat jugak jejak kaki kat sini..~peace~beratur tu..
                              malam semalam  selamat kami  sampai..ALHAMDULILLAH                                  
pe lagi misi diteruskan... daerah itu harus kami jejaki walau terpaksa
mendaki gunung-ganang nan tinggi...
lurah2 yang licin..memang adventure habes
                        banyak kali aku ngan sahabat2 laen hampir2 dan ade jugak yang tergelincir..haha memoir kesah duka bersama cik batu





11.00 a.m: misi pertama terlaksana... abes sume toksik2 dalam badan dah   kami
nyahkan dari tubuh...misi kedua bermula.....
membekukan diri dalam air sejukkkk...giler..sume aksi ade..kuak lentang,
kuak rama-rama tak ketinggalan...aksi gelongsor paling best!!
deras gile air die..sejuk pulak tu..




kat sinilah kitorang buat aksi gelongsor..best

1.30 p.m: setelah penat beriadah bersama encik air...kami nak jumpe cik pacat sebelom 
meninggalkan dearah penuh nostalgia...
byk kenangan indah kami terakam di sini... bye2 cik pacat...jumpe lagi
pada musim akan datang.. insyaALLAH
cantek tak?!

byk sungguh aku jumpe cik pacat kat sini..thanks x isap darah saya...


2.00 p.m: dah penat beriadah menelusuri lereng2 bukit yang curam...
tiba masa untuk membersihkan diri yang dah dibasahi bahan2 kumuhan dalan diri.. 
pastu kumpull balik energi melalui tuntutan agama yang kedua...
time nak balek org dah mule ramai..

2.20 p.m: tunggu pacuan 4 roda yang akan mengangkut kami pulang....
(ala yang mcm limousine tadi tuu)

aku harapkan yg ni dtg..haha bas pon ok la..

3.20 p.m: belom nak balik lagi rupe2nya bebudak ni..nak jenjalan lagi kate deme..
aku ikot korang la..best gak...hehe..
ade sahabat aku ni nak beli enset..canggih gile enset tu..
kalo aku pakai kompem gile..hehe...
sementara tu aku ngan kengkawan laen Q-up beli tiket
skrin-tv besar punye...

4.13 p.m: baru nak masuk entrance tv-show tu..coz tadi ade budak tu sesat..hehee
best cite ni..siang2 tengok pon seram gak..

5.45 p.m: memang best ar citer tadi tu.. byk pengajaran..
tak baek men nombor eko ni..haram di sisi agama..
jap2.. tetinggal 1 scene.... pas kuar je pintu screen-show tadi sorang kwn aku ni tros gi jumpe encik Tan.. tak tahan kot sejuk sgt kat dlm tadi...
die punye tak tahan tu, bole pulak tersalah masuk bilik yang berlawanan gender..
adush.. malu gile..die mestilah super-crazy malu...haha lawak2

6.20 p.m: pas solat kitorang nak isi perut yg dah sedia buat konsert rock kapak
dalam pentas duodenum kat perut aku ni...melantakla ape lagi...
jenjalan jumpe plak atok ni..singgah le isi perot..

7.15 p.m: da penat jenjalan....nak balik kena naek kete panjang yang banyak pintu tadi tu..
solat sume kat situ..then tunggu la macam mule2 tadi...
melatih ketahan fizikal dan mental sungguh!

8.18 p.m: akhirnya sampai jugak kete byk pintu ni..ALHAMDULILLAH!!
kat sinilah kitorang menapak..

8.40 p.m: dah sampai ke destinasi pra-terakhir... hujan lebat seolah-olah
mengerti perasaan kami tatkala meniggalkan daerah permai itu..
(cewah jiwang karat)
satu lagi masalah penambah perisa cukup untuk harini... pemandu kami takde nak jemput kami..kena tunggu lagi...haila...sabar2..
selepas beberapa detik....akhirnya sampai jugak kome ye...
pakcik teksi yg baek..hehe

9.00 p.m: penat seharian berjalan..sampailah ke teratak kami yg terletak sedaerah dgn jin bertendang..
jauh dari spesis manuasia kat luar sana.. time to sleep!!!zzzzzzz

tido-tido gak..doa jgn lupe ye anak2..


nota kaki:gambar x leh nak upload len kali aku cube..insyaALLAH
                                                            DA UPLOAD!! HEHE

DOA

DOA
Masthead Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!
Create your own banner at MyBannerMaker.com!

ukhwah fillah

ukhwah fillah