sahabat
andai langkahku terhenti
tatkala menelusuri ombak manusia
sedarkan aku, bangunkan aku
kerana mungkin aku alpa
dengan keindahan dunia
sahabat
jika sutu hari nanti
aku terjatuh dan tersungkur
dalam menggapai redha ILAHI
ingatkan aku akan janji2 ALLAH
agar aku tidak mudah
putus asa dengan RAHMAT
RABBUL 'IZZATI
sahabat
sekiranya aku tersasar jauh
dari landasan maghfirah RABB
tatkala membaiki kelemahan diri
jangan biarkan aku terus
hanyut di bawa arus kelalaian
pimpinlah aku untuk kembali
berjalan di atas permaidani
MAKRIFATULLAH
sahabat
andai suatu ketika nanti
aku hilang tanpa berita
tanpa kesan untuk di jejak
carilah aku wahai sahabat
kerana aku kHUATIR
aku takut dan aku bimbang
aku lemas dalam lautan nafsu
tanpa ada yang membantu
tanpa ada yang peduli
bukan aku pinta
bukan juga kemahuanku
namun
hati dan jiwaku
punya pemiliknya
aku cuma peminjam yang lemah
sampai masa
aku harus kembali kepadaNYA
aku khuatir teman
andai mataku tertutup rapat
saat jantungku berhenti berdegup
aku alpa dengan perintahNYA
aku lalai dengan laranganNYA
NAUZUBILLAH..
kerana kau sahabat
umpama sebutir permata
dalam pecahan kaca
walaupun halus
walaupun kecil
namun kilauannya
mampu memberi sinar
dalam hidupku yang suram
keyakinanku padamu sahabatku
tak tercapai bintang di langit
tak terselam lautan nan dalam
kerna ku yakin
seyakin-yakinnya
keikhlasanmu
kesungguhanmu
dalam menjalinkan ukhwah
berlandaskan iman dan taqwa
pimpinlah aku bersama kita menuju
RAUDHATUL JANNAH
sudikah kau menerima tawaranku
menjadi sahabat duniawi
juga ukhrawi...
bersama berjalan di atas
permaidani ukhwah
menuju gerbang cinta hakiki
cinta abadi
khas buat sahabatku
SYAUQAH WARDAH
dari
AZRAQ ASRAR
andai langkahku terhenti
tatkala menelusuri ombak manusia
sedarkan aku, bangunkan aku
kerana mungkin aku alpa
dengan keindahan dunia
sahabat
jika sutu hari nanti
aku terjatuh dan tersungkur
dalam menggapai redha ILAHI
ingatkan aku akan janji2 ALLAH
agar aku tidak mudah
putus asa dengan RAHMAT
RABBUL 'IZZATI
sahabat
sekiranya aku tersasar jauh
dari landasan maghfirah RABB
tatkala membaiki kelemahan diri
jangan biarkan aku terus
hanyut di bawa arus kelalaian
pimpinlah aku untuk kembali
berjalan di atas permaidani
MAKRIFATULLAH
sahabat
andai suatu ketika nanti
aku hilang tanpa berita
tanpa kesan untuk di jejak
carilah aku wahai sahabat
kerana aku kHUATIR
aku takut dan aku bimbang
aku lemas dalam lautan nafsu
tanpa ada yang membantu
tanpa ada yang peduli
bukan aku pinta
bukan juga kemahuanku
namun
hati dan jiwaku
punya pemiliknya
aku cuma peminjam yang lemah
sampai masa
aku harus kembali kepadaNYA
aku khuatir teman
andai mataku tertutup rapat
saat jantungku berhenti berdegup
aku alpa dengan perintahNYA
aku lalai dengan laranganNYA
NAUZUBILLAH..
kerana kau sahabat
umpama sebutir permata
dalam pecahan kaca
walaupun halus
walaupun kecil
namun kilauannya
mampu memberi sinar
dalam hidupku yang suram
keyakinanku padamu sahabatku
tak tercapai bintang di langit
tak terselam lautan nan dalam
kerna ku yakin
seyakin-yakinnya
keikhlasanmu
kesungguhanmu
dalam menjalinkan ukhwah
berlandaskan iman dan taqwa
pimpinlah aku bersama kita menuju
RAUDHATUL JANNAH
sudikah kau menerima tawaranku
menjadi sahabat duniawi
juga ukhrawi...
bersama berjalan di atas
permaidani ukhwah
menuju gerbang cinta hakiki
cinta abadi
khas buat sahabatku
SYAUQAH WARDAH
dari
AZRAQ ASRAR
No comments:
Post a Comment