AHLAN WA SAHLAN

Friday, December 16, 2011

lagi cerita C.I.N.T.A

salam mahabbah,
ayuh sebarkan ayat2 cinta
biar mereka semua rasa
biar mereka semua tahu
masih ada yang cinta
masih ada yang sayang.....


video


hah, nilah dia kesan terbesar bila semuanya dah pergi BICARA SISWI,
nak tau ape tajuk die?
NAH,

Ya ALLAH…
Andainya dia baik untukku,
Demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah CINTA
Yang akan berakhir dengan PERKAHWINAN,
Tapi andainya dia tidak baik
Demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkanlah kami dalam istilah
PERSAHABATAN dan PERSAUDARAAN ISLAM.
thanks ustzh SHILA atas perkongsian
love bicara SISWI

Saturday, December 10, 2011

antara couple dan cinta

salam mahabbah mawaddah wa rahmah,
alhamdulillah, segala puji hanya untuk ALLAH, rabbul 'alamin..
dengan izinNYA, jemari ini masih mampu untuk menari di atas papan kekunci
bagi mengisi ruangan mawaddah buat diri: aku, kau, kamu dan dia...


buat SAHABAT2 yg sedang hangat bercinta, TERUSKAN CINTA ANDA...
tapi...
buat SAHABAT2 yang sedang bercouple, BERHENTILAH BERCOUPLE!
kerana sebagai manusia biasa, aku cinta akan kalian!
mencintai kalian kerana ALLAH....
mencintai kalian kerana mengejar MARDHATILLAH, 
cinta kalian untuk kita sama2 memenuhi RAUDHATUL JANNAH...

AYUH SYABAB! MARI KITA BINA GENERASI RABBANI...
MARI KITA KUKUHKAN TIANG YANG SEMAKIN GOYAH!
AYUH, BANGKIT SAHABAT2KU SEKALIAN...
MARI KITA BERCINTA,
AJARKAN DUNIA TENTANG CINTA KITA!



jom baca hasil tulisan HILAL ASYRAF,
apa kata HILAL tentang cinta?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Couple=cinta? Saya kata tidak.

Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

                Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

                Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.

                Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua la pendek kata.

                Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata  - saya cintakan awak.

                Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

                Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

                Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.

                Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.

                Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.

                Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.

                Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.

                Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.

                Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.

                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.

                Hendak masuk syurga bersamanya.

                Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.

                Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?

                Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.

                Siapa kata tiada? ^^

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

    Pernah dengar ayat macam ini?

                Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

                Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

                Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

                Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

                Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

                USAHA.

                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

                “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

                Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

                Kalau pendam sahaja buat apa?

                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

                Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

                Tawakkal Buta?

                Jangan sekali.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

                Cinta sebelum kahwin ada.

                Dan.... Siapa kata couple=cinta?

                Boleh tukar definisi tu semula. ^^


~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
http://langitilahi.com

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~         

masih ingat kata2 seorang teman:

"Love is like a smooth muscle. We can not control it, it just happen...
when u're swallowing, u don't be like...u know,
think hard to tell your brain to send impulses to esophagus to contract..
and so do love.
Feeling yes, it is somehow, uncontrol, but
action, oh yes we can always control our action..."
so..CONTROL your action!
org yang kuat dan hebat bukan tak diuji,
tapi mereka tahan dan tabah dengan ujian ALLAH...
for a thousand times....UJIAN ITU TARBIYAH...
BERSYUKURLAH kita diberikan ujian...
kerana Ujian itu tanda ALLAH SAYANGKAN kita..


Tuesday, November 22, 2011

sedangkan hati adalah raja

~assalamualaikum~

saat lautan mula bergelora,
tika itu sang nakhoda mula terkapai-kapai
mengemudi bahtera,
layar dilabuhkan,
anak kapal pasrah menghadapi segala ketentuan,
bahtera ini harus diselamatkan!!!

saat kau baca tulisanku ini, ketahuilah wahai teman
segala ketentuan itu pasti ada hikmahnya



sumber*tazkirah pagi ikim.fm

MAKANAN HATI

hatilah yg buat keputusan
hatilah tempat jatuh pandangan Allah
hati lah yg dilihat oleh manusia sbnrnya 
maka kerana itulah bila ia dekat dgn Allah
dan hati ini dicipta dalam keadaan ia tidak sanggup mendustai Allah
maka hati inilah yg nak kita jaga, nak kita rawat sungguh2..

apakah makanan hati? 

makanan hati:
1)iman~sistem kepercayaan, rasa ketuhanan, rasa keyakinan kpd Allah, yakin dgn janji2 Allah
rasa bertuhan,  Allah dah tanam dlm diri kita, sebab tu bila susah kita pasti menyebut..ya Allah....
maka rasa inilah yg nak kita subur2kan..
cara nak suburkan:
--->kembali membaca surat2 cinta ALLAH, bagaimana ALLAH menggambarkan ke-EsaanNya,kebijaksanaan-Nya
--->melihat alam ini..., ALLAH tanpa kita minta anugerahkan kita sepasang mata yg indah...
bila kita lihat,inilah dorongan al-Quran yg Allah minta kita baca supaya makin bertambah iman
kita kena ingat, proses penanaman iman sentisa berlaku sepanjang masa...istiqamah..
bila dpt nikmat..sebut nama Allah
bila ditimpa musibah..nyatakan itu dr Allah
bila melihat sesuatu yg menakjubkan teruslah bertakbir kpd Allah
bila rasa bersalah segera beristighfar kpd Allah
bila rasa senang bertahmidlah kpd Allah
itulah antara cara nak menyuburkan keimanan kita kpd Allah
sebab tu bahan2 bacaaan yg menyuburkan keimanan nak kena ada kat rumah kita..

2)latih hati untuk sentiasa ingat kpd Allah sama ada dlm keadaan sibuk atau tidak sibuk.

3)pastikan hidup kita sentiasa utk Allah
setelah kita tahu kita hamba kpd Allah,  latih diri kita :
kita hidup utk Allah...
kita kerja untuk Allah...
kita buat keputusan mengutamakan hak Allah..
kita mahu dinilai oleh nilaiAllah....
mahu dipandang oleh Allah..
biarlah manuasia nak kata apa pun  tapi jgn biar Allah kutuk kita
bila kita jadikan itu sbg kita pnye nilai, maka ini juga adalah proses makanan hati yg ada dlm diri kita......
latih hati kita untuk sentiasa solat sunat, jaga solat..

makanan hati kita apa lagi... zikir...doa...mintak lah kpd Allah sbg lambang kita hamba kepada-Nya..

makanan hati kita....MUNAJAT
munajat tak semestinya kita lakukan tgh malam, waktu kita memandu sorang2 diri, letaklah hati kita kpd Allah...bercakaplah kpd Allah, mintaklah kpd Allah 
bila menghayati alam ini, kaitkan dgn Allah..jgn biarkan hati kita kosong.....
yakin... Allah tak jadikan sesuatu itu sia2 mesti ada maksud dan tujuan kenape sesuatu itu diciptakan

4) hati dibentuk dan ditentukan makan minum
pastikan makanan dan minuman yg masuk benar2 halal
kaki, tangan telinga mulut mata lidah...7 anggota ini punca segala maksiat dilakukan yg satu anggota yang namanye perut...
hati yg kotor akn mengarahkan mata melihat sesuatu yg kotor
hati yang kotor akan mengarahkan tangan melakukan perkara yang kotor2..
--->pastikan makan makanan yg halal
bukan saje bende halal tapi sumber juge kena halal
makanan halal tapi sumber yg tak halal akan beri kesan pada hati.... hati akan mati..

--->jgn makan terlalu kenyang... juga boleh membunuh hati kita

jgn lihat gambar2 yg Allah haramkan...
jangan tengok bende2 lucah...
hati kita akan tertutup..bahkan juga fikiran kita...

hati yg jernih sahaja yg boleh menerima cahaya hidayah Allah
sebaliknya hati yg kotor, ilmu akan melantun, cahaya tuhan takkan masuk dlam hati yg kotor
dan akhirnya kita akan sesat dan tersesat

inilah usaha untuk kita menjernihkan hati kita, ALLAH...besar sungguh nikmat yang KAU berikan kpd hambaMu ini..
ayuh teman2... mari sediakan menu ini untuk kembali kpd Allah



nota kaki: okey...mood kembali kpd test =(...
tazkir----> ujian itu TARBIYAH



Monday, November 14, 2011

is it true? you decide~

assalamu'alaykum
asdiqa'ie...
just wanna share something,
a sentence that I have found 
~via samsung mobile~
*fecabook-ing*blog-walking
while Dr. Rifai gave a lecture this evening
but before that,
close your eyes,
take a deep breath,
try to imagine, just for a second
that I'm not doing this stupid-facebooking  blogwalking
in the lecture hall
in fact the reality it is.... tampar pipi slow2, istighfar  3x


"DO NOT COMPARE YOURSELF WITH OTHER,
IF YOU DO SO,
YOU ARE INSULTING YOURSELF"

really?!?

just be yourself, 
jgn hidup di atas bayang org laen
~based on ape yg aku faham la~


mood=) study.test.assignment.presentation.
              welcome to the STUDENT world!
                         therrrrrrrbaek



~salam ukhwah~

Saturday, November 12, 2011

rant of the day


assalamu'alaikum
salam mawaddah, salam ukhwah....

kesian aku tengok blog ni..
dah bersawang+berhabuk...
haish sapela pemilik  tanah jajahan ni??
~tampar pipi sendiri~akulaa sape lagi..hailaaa

haaa..setelah lama bertapa..meh sini aku update sket
buka mata, buka minda
baca dgn teliti
semoga bermanfaat
insyaALLAH


~cerita tentang kehidupan~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita selalu minta dipermudahkan segala urusan,
tapi sebaliknya kita diuji dengan pelbagai ujian,
sehingga kita rasa hampir putus asa,
sampai ada yg berserah pada takdir semata-mata
~let fate fares you better in future~ 
sedangkan kita tahu ALLAH tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita berusaha
sehingga kita lupa akan janji2-NYA
"setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan"

"AKU bersangka baik terhadap sangkaan hamba2-KU"

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "kami telah beriman", sedangkan mereka diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

""Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu: Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
Cukuplah Allah bagiku : tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
Ujian itu Tarbiyah, Sabar itu Indah.

kita lupa bahawa ujian itu tandanya ALLAH sayangkan kita,
sebagai peringatan buat kita yang hanyut dibawa arus dunia...
ALLAHUAKBAR!!!
hanya KAU Maha Mengetahui segala hikmah yang tersirat
sedarlah wahai diri,
bersyukurlah dengan ujian yg diberi,
kerana ujian itu satu tarbiyah
dari situ kita belajar erti tabah dan redha...
supaya kita sedar betapa berertinya sebuah pengorbanan..
supaya kita lebih menghargai nikmat yang diberi

“ Wahai orang-orang yang beriman , mohonlah pertolongan (Kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar”

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan , “ Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu , tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku) , maka pasti azabKu sangat berat”



Kita mungkin punyai keinginan yang sama,
Mungkin juga kita perlu tempuh jalan yang serupa,
Namun hakikatnya KESUKARAN itu pasti berbeza,
Menjadi pengukur hati hamba yang berSYUKUR dan REDHA.

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu ingkari?"


Ya ALLAH,
please forgive me for the wrong I've done,
Ya ALLAH,
give me another chance to prove that I can pass,
please guide me and protect me along the straight path,
and I know that I can make it, 
one day I'll be in HEAVEN with YOU.....



" We're not here to stay anyway.
It's a JOURNEY. Remember that EVERYDAY.
And that we'll arrive home one day'
And we work, we hope, we pray,
That we will be among those who obey."



~Perjalanan hidup seorang hamba tidak akan pernah sunyi dari dilanda ujian olehNya.. Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa , ditimpakan pelbagai cubaan keatas seorang insan untuk menguji sejauh mana dia beriman dan bersandar kepada Allah ( Berdoa dan Yakin diiring usaha ).. Setiap dugaan dan ujian yang Allah timpakan merupakan tarbiyah keatas diri kita.. Dari dugaan ..hati yang keras menjadi lembut , hati yang buta menjadi celik ( iaitu dapat merasai dan memahami penderitaan orang lain ).. Apakah cukup sekadar mulut mengaku dan berbicara tentang iman namun hati mati untuk merasai keindahannya ( iman ).. kerana itu Allah menimpakan ujian , supaya kita dapat bermuhasabah dan memperbaiki diri.. Dan dari situ akan terpupuk jiwa yang sentiasa sabar dan redha..~

Thursday, September 1, 2011

BILA RAYA JADI TAK BEST

salam alaik sahabat2 blogger..
syok-nyer raya..kan-kan-kan?
salam Syawal buat semua!!!
best tak beraya??
mestilah bestkan...
balik kampung..
jumpe kaum kerabat..
yg tak kenal pon jadi kenal..
betul tak?
tapi .....
bile dah besar panjang macam ni..
rase macam tak best..
sebabnya:
*duwet raye dah tak dapat..sob..sob..sob
*kena duduk rumah..dah tak dapat beraya keliling kampung..
*main bunga api? buang tebiat ape....
*kena jage anak sedare-mare~x pasal2 jadi baby-sitter
*paling tak best-dah sain kontrak siap2 basuh pinggan-mangkuk
........................
teeeeettttt
itu korang la..bukan aku

hahaha
~sape kate aku tak dapat duwet raye..dapat ape...sampul special lagi...
~bukan takat keliling kampung.... kampung sebelah pon aku pegi ape
ye la...sedare-mare berlambak...
~bunga api? adik sedare main aku tumpang la sekaki...paling banyak main tuh..heee
~jage budak2? no hal-lah, small the matter
~pinggan-mangkuk.....heee yang ni sedara aku berlambak nak jadi pak sanggup tukang-cuci-pinggan...
siap suruh aku buat susu anak diorang lagi...haila.. 

sebeno-beno-nyee..teman bukan nak cite bende ni....aduih,banyak beno mukaddimah-nya
bile raya jadi tak berapa nak best:
~bile balik kampung, opkos la tidur 'lambak' ye dak... tapi tu time aku kecik2 la...
dah besar ni kena booking bilik awal2
~kena pakai tudung 24 jam...yg ni aku dah biase.... tapi yg tak biase deme la... pandang pelik semacam..gaya macam nampak alien...haha
~aduss...kritikal, part salam-menyalam...hah nak tau aku buat ape?
*mule2 tu buat dunno je, salam ngan mcik2...kakak2 sedara
*bile dah lama, diorang pon dah nak abes bersalam dgn yg lebih 'dewasa', aku keep run away la..heee..kejap ke depan..kejap ke belakang...act macam sibuk bangat la..
*dan bile nama aku dipanggil oleh suami2-kepada kakak2-sedara aku....ape lagi..nak bagi duwet raye lah tu..syok-nye...tapi..... salam?
*haaaa..bermulalah sebuah ceritera..nak tak-nak aku ambik juga duwet tu~mesti ambik woa..rezeki jgn ditolak!
pas ambik tu mesti ckp terima kasih...then tunduk sket..alhamdulillah..sedare-mare aku ni cukup memahamilah!!! sporting gile
*habis satu bab, masuk yg len pulak.... beraye rumah sedara di kampong!
yg ni nak buat mcm tadi..mau di cop ' kurang beradab' di situ
so, langkah selamat diambil.... 
abah masuk sambil salam tuan rumah, aku terus masuk salam si isteri...haaaa kan senang

dan..
bile raya jadi tak best?
bile org tak tau nak menghargai RAYA..
RAYA best!!!

Friday, August 26, 2011

cuba bayangkan....

Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”

~•> Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit..

**Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita <•~
“Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”


~credit to muslimah shahida

Thursday, August 25, 2011

bersama kamu, aku gembira

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
kata encik ustaz " la kalam qabla salam"
'tiada perkataan sebelum salam'

hahaha...jap bagi aku nak mengarut (bukan mencarut!) untuk entri kali ni...
adela 2 hari lepas punye citer...baik punye...tak basi lagi..jgn risau(^_^)V
kisah bermula apabila tangan ni gatal nak tengok peti surat..
hati berharap hendaknya adalah surat buat diri~kahkahkah
dan...
memang ade!!
dua lagi tu....
tengok tulisan memang konfem kenal
thanks kamu-kamu yg bagi kad raya
jiwa dah meronta-ronta meminta tangan cepat membuka sampul surat
mata terus membaca bait2 kata yg tertulis.....
cukup indah dan puitis, panjang tapi seronok membacanya
time tu mula la...empangan air mata ni memang pecah habis
tak dapat nak diselamatkan!
siap ade wish birthday lagi tu...
hati mula menerka~terlebih awal-la kad ni sampai..heee
~the rest is history~
pada yg wish..thanks!!!
kalian punye planning birthday memang mantap 
Sanah helwa Nadia Jamal, with thee, i find serenity:) happy 20. may u ALWAYS, always showered by Al-Rahman's love..
Monday at 11:42pm
  • You and Nurul Athirah Che Aladin like this.

    • Nor Syafiqah Rosli wah.... jdk org pertama yg wish...
      Monday at 11:44pm ·

    • Nabilah Abu Bakar ngegege..haruslah.X MAHU KALAH..hehehehe
      Monday at 11:44pm ·

    • Nor Syafiqah Rosli ok... paham... kan korg berdua IN A RELATIONSHIP kan?? kan?? hehehe...
      Monday at 11:45pm · · 1 personNabilah Abu Bakar likes this.

    • Nabilah Abu Bakar ye lakan...haruslah...nt gf i nie merajookk mcm mane nak pujuk??? nak ajak g makan malam dier keja, sebookkk
      Monday at 11:46pm ·

    • Nor Syafiqah Rosli hahaha... klu gf u merajuk apa kata u ajak dia mkn candle light dinner dkt bukit sambil intai rumah pakcik kat bwh bukit tu.. OK x??
      Monday at 11:51pm ·

    • Nabilah Abu Bakar ok sangattt..sambil bau najis kambing kannn? u ni x romantik.hehehe
      Monday at 11:53pm ·

    • Nurul Athirah Che Aladin bile nk mkn megi nieh??haha
      Monday at 11:53pm ·

    • Nabilah Abu Bakar megiii......roti bakarr...malam ni birthday party jac
      Monday at 11:53pm ·

    • Nurul Athirah Che Aladin sape ade jem????coklat?? peanut???orrrr marjerin wif sugar??haha
      Monday at 11:55pm ·

    • Nor Syafiqah Rosli hehehe... ala tu satu dugaan.. sambil menyelam minum air.. blh jugak intai anak pakcik yg handsome tu...
      Monday at 11:56pm ·

    • Nabilah Abu Bakar ok Choo Mei Xian buat air, ade sesape yg beli cendawan goreng cafe A hok tengahari tadi, kalo ade, nakkkk....teringinnnnn....sume pakai selubung,dah lights off ni, kite g tepi bukit wat candle light dinner ikot cadANGAN asal Nor Syafiqah Rosli
      Monday at 11:57pm ·

    • Nabilah Abu Bakar Nurul Athirah Che Aladin, tapi kite nak bakar roti kat mane? tepi bukit xde suis????
      Monday at 11:58pm ·

    • Nabilah Abu Bakar tok tok tok...acik yg ank muke hensem....assalamualaikum, acik ade suis x????
      Monday at 11:58pm ·

    • Nabilah Abu Bakar pinjam leh?
      Monday at 11:58pm ·

    • Nurul Athirah Che Aladin haha...mn pgnyer suis??
      xphm~~

      Tuesday at 12:00am ·

    • Nor Syafiqah Rosli ok bereh...Nabilah Abu Bakar, nak beli berapa btg lilin?? Nak ikut umur Nadia Jamal ke?? warna lilin?? Biru ke??
      Tuesday at 12:01am ·

    • Nabilah Abu Bakar boleh, kolor biru...tp jgn bubuh atas kek, bubuh sepanjang bukit, baruuuu candle light dinner....ok dan awak, boleh mulakan lagu..
      'desir pasir di PANTAI tandus.' ._.


    • Nabilah Abu Bakar oh tira x faham...kat tepi bukit camane nak bakar roti xde suis
      Tuesday at 12:03am ·

    • Nor Syafiqah Rosli wow... romantiknyer... ok, nak kna pinjam tikar nie..sape ada tikar?? nak pinjam...
      Tuesday at 12:06am · · 1 personNabilah Abu Bakar likes this.

    • Nurul Athirah Che Aladin nebb, lagu nie laa 1 muharam detik permulaan....hahaha
      Tuesday at 12:08am · · 1 personNabilah Abu Bakar likes this.

    • Nabilah Abu Bakar boleh tu bolehhhhhhh....hehehehe...
      Tuesday at 12:10am ·

    • Nabilah Abu Bakar i.ade.tikar.tp.u.ponnn.ade.tikar.tikar.nadiah.kann?
      Tuesday at 12:10am ·

    • Nor Syafiqah Rosli yup i ada tikar. nadia pun ada tikar..
      Tuesday at 12:15am ·

    • Nabilah Abu Bakar okeh...sekarang sume dah berkumpullll...kannn.... mari kite jerit dekat umah pak cik anak dier hensem, kite akan jerit..."PAK CIK NAK KEKKKKKK TAKKKK????''. BOLEH? ok readyyyyy. 1....2........3.
      JERIT

      Tuesday at 12:19am · · 1 personNor Syafiqah Rosli likes this.

    • Nurul Athirah Che Aladin ank saper la yg ensem tu???aish..
      Tuesday at 12:20am ·

    • Nabilah Abu Bakar Anak pak cik umah bela kambing laaaaaa.....omg omg u x penah tengok ke? i skodeng hari2..hahaha

    • Nor Syafiqah Rosli tp nnt mst mak guard tanya knp jerit tgh2 malam.. sape gi beli kek??
      Tuesday at 12:22am ·

    • Nabilah Abu Bakar laaaa. i thought u...bukan ke???? sudah.MISTERIIIIII.siapakah pembeli kek yg sebenar? jeng3
      Tuesday at 12:24am ·

    • Nabilah Abu Bakar mak guard marah? kite suap dengan kek dier diam la:)
      Tuesday at 12:25am ·

    • Nurul Athirah Che Aladin kejam jgk nebb...haha
      nseb suap kek, kalo ambk kmbing wt gulai n suap kt mak guard tu, pgsanla die..

      Tuesday at 12:27am · · 1 personNabilah Abu Bakar likes this.
      *ni le jadinye bile asyik kopi & pasta je...maklumle komputer lame.. 
      .....................................................................................................
      muahahahaha...nak gelak guling2 kejap.... sampai x cukup tanah.... kepada ibu2 yg t'lebih prihatin,(Nabilah Abu Bakar,Nor Syafiqah Rosli,Nurul Athirah Che Aladin,Achu Ijah) for your information i'm still TEEN.....cepatnye korang nak meng'tua'kan Nadia Jamal...hehehe..but still thanks so much for this grand birthday party....lagi best kalo korang sume ade....really...u guys makes me down memory land!!! best2!!! tapi tak nak la anak pcik tu...bau kambing nanti...heeeeeee... and kepada syauqah wardah, thanks kad raye/kad birthday.... kamu membuatkan saya banyak membazir harini...and almost dehydrated.....i'm gonna be 20 soon..5 days more....
      teringat mase birthday dulu...hehe siap buat b'day card a.k.a calender duk kmm lagi tu..thanks!!! kamu memang mantap especially misz goodie..heeee..

      to my roomate, ciqah..miss your motherly-touch... rindu nak makan berjemaah dengan korang sume...solat berjemaah,berbuka berjemaah, mengumpat berjemaah..heeee...sarapan berjemaah, riadah berjemaah...ape lagi ekk???
      jadi pelancong berjemaah, buat konsert berjemaah, skodeng ank pcik ensem berjamaah...hahaha sume berjemaah..pahala dpt sama2...dose pon same2 dapat..heee..but we always care each others....
      to my wing leader, jom study kimia same2....pas tu kalo dah siap tutor kimia nak pinjam...hehehe....
      siyes rindu-gilak-bangat-sama-korang!!!!
      pade budak bilik depan, malam ni sape bagi tazkirah??? heee sediakan biskut kering dgn teh o tau, gerenti ramai yg datang bace al-mulk....opps ape khabar ex-zauj-to-be?? lame tak dengar kabo?ngeh-ngeh...malam ni bagi mei xian bace tazkirah nak??
      pade budak bilik hujung...jom breakfast same2...riadah same2 pastu posing ambik gambar kt papan tande "kawasan larangan pelajar lelaki"..mantap...len kali kite ambik gambar kat papan tande "kawasan larangan pelajar perempuan" pulak.....

      siyes2..kamu semua memang best!!!

      * dan inilah yg terjadik bile ahli2 mesyuarat tingkap berjumpe....nasib baik editor berita hairan tak publish dekat akhbar beliau...heeehehttp://chantiqueclassique.blogspot.com/

DOA

DOA
Masthead Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!
Create your own banner at MyBannerMaker.com!

ukhwah fillah

ukhwah fillah