malam itu...
dia sendirian lagi..
tanpa teman disisi
sedangkan ketika ini dia berada di suatu tempat
yang penuh dengan ribuan manusia...
sekali pandang, tidak mungkin dia keseorangan,
sungguh..... secara logik
dia pasti tidak keseorangan
tapi kala ini....
di saat ini
jiwanya kosong...
hatinya tidak aman
akal kembali berputar mengimbas kembali setiap detik yang berlaku
seawal pagi tadi sebelum dia menjejakkan kaki ke kuliah
" bro, jom dhuha kejap kat surau", ajak teman rapatnya
"aku terus masuk dewan kuliah kot",balasnya
"ko serius ni...ade lagi 15 minit sebelum kuliah mula...." Ameer terus memancing
"aku tengok kafe sebelah surau tu ramai la meer" dia menolak
"aku bukan ape, takut riak...... takut tak berapa ikhlas ibadah aku", sambungnya lagi
Ameer terdiam...kening double-jerk diangkat, tanda tidak percaya
itu jawapan yang diberi...
"Brader, ikhlas tu kita tak tau berapa ukurannya...hanya ALLAH yang tau berapa ukuran ikhlas kita...
kenapa? takut org kata kita riak?? open your mind la der!!
just think out of the box
tu alasan zaman kuno tau tak"
Dia masih membisu mengakui kebenaran kata2 temannya itu.
"hang ingat lagi tak ape bro Asyraf selalu dok pesan kat kite tiap kali akhir liqa'?".
"mana boleh aku lupe meer....", dia menjawab lemah. mula menyedari kelemahan diri
" jangan kerana takut rasa riak kita tinggalkan ibadah pada ALLAH...
tapi sebenarnya tanpa kita sedar kat situ kita dah riak pada ALLAH..... ", Ameer mengingatkan....
" jom meer temankan aku mengahadap ALLAH", kakinya mula melangkah menuju ke surau
"ALHAMDULILLAH", desis hati Ameer......................
"Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan aku
seorang teman yang sentiasa memandu aku ke jalan yang
KAU redhai",
dia melangkah meninggalkan tempat yang dipenuhi lautan manusia itu...
No comments:
Post a Comment