AHLAN WA SAHLAN

Wednesday, June 29, 2011

Contest-Saya Seorang Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم

ألسلام عليكم ورحمة الله وبركته


Alhamdulillah...Alhamdulillah.....Alhamdulillah..... segala puji hanya untuk ALLAH....
masih diberi peluang untuk merasa rahmat Kasih SayangNya....

ok straight to the point:


Dua tokoh muslimat / srikandi terbilang yang saya kagumi:

1. Zainab binti Muhammad S.A.W

2. Rumaisa binti Marhan
(Ummi Sulaim binti Marhan bin Khalid bin Zaid bin Hizam)
 kenapa saya ingin menyertai contest ni:
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
 
    Jawapannya simple sahaja...kerana saya seorang MUSLIMAH....
Sebagai seorang wanita yang beragama ISLAM, saya berasa terpanggil untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh saudara Aman Jamaluddin.Tambahan pula,
(skema ke ?.. (^_^)V.....)actually ramai, terlalu ramai sebenarnya tokoh-tokoh muslimah yang perlu kita contohi dan dua nama yang saya pilih di atas merupakan antara  srikandi muslimah yang perlu kita jadikan teladan dalam  mengharungi dunia yang penuh dengan duri-duri berbisa.Disamping itu juga, (macam tulis karangan pulak...)kita dapat mengenali srikandi-srikandi islam yang indah budi pekertinya dengan lebih mendalam sekaligus mencontohi akhlak mereka.
 
Harum mawar bukan sekadar untuk dinikmati,
indah kelopaknya bukan sekadar untuk dikagumi,
tetapi durinya mampu mencarik hati yang musyrik, memberi iktibar tanpa rasa gentar. 

    Siapa yang tidak kenal puteri sulung Rasulullah S.A.W., indah pekertinya.Di sisi suami yang disayangi, di hati seorang ayah yang dicintai...... Sungguh Zainab, kau seorang puteri yang tabah dipenuhi kesabaran. Kisah Rumaisa, siapa yang tidak kenal Ummu Sulaim, yang menjadikan kalimah syahadah itu sebagai mahar perkahwinannya. Wanita yang sungguh tegas dan bijaksana.

Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah.
Dalam malu, suaramu tegar mampu menggegar dunia.
Dalam kehalusan jemarimu, tergenggam utuh janji abdi pada yang Esa.
Wahai Rumaisa, engkau lah bidadari syurga.

 wallahua'lam....semoga kita peroleh manfaat daripada contest yang dianjurkan ini. InsyaALLAH.

 buat saudara AMAN, please ignore ayat yg dalam bracket tu.... (^_^)V...

----hadiah----

1st- Blog Header,Bloglist(4 bulan),Sehelai Telekung(khas dari Bandung,Indonesia),Ana follow blog anda.
2nd- Blog Header,Bloglist(3 bulan),Ana follow blog anda.
3rd- Bloglist(2 bulan),Ana follow blog anda.

Contest berlangsung dari 9 Rejab 1432H(11 Jun 2011) sehingga 19 Ramadhan 1432H(19 Ogos 2011).
**Pemenang dikira berdasarkan alasan yang menarik dan bersesuaian dengan tajuk contest.
Keputusan akan diumumkan beberapa hari selepas contest tamat.
(^_^)
nak tahu lebih lagi, klik sini

No comments:

Post a Comment

DOA

DOA
Masthead Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!
Create your own banner at MyBannerMaker.com!

ukhwah fillah

ukhwah fillah