AHLAN WA SAHLAN

Monday, May 2, 2011

kisah itu.....

.......................BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..................

          Dia merupakan seorang mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan. Hidupnya sederhana tapi punyai impian yang tinggi. Untuk berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Sebagai mahasiswa, hidupnya sentiasa terisi dengan aktiviti-aktiviti kampus. Tambahan pula peperiksaan akhir semester kembali menjengah, menguji tahap pemikiran para mahasiswa. Hatinya sentiasa resah, tiada tenang yang menghampirinya seakan-akan sebuah ketenangan itu bukan miliknya. Kisahnya bermula.....
     
          Tika sang suria mula malu untuk terus menyinar, awan-awan mula mengambil tempat menutupi dada langit nan biru.Burung2 mula berkicauan bagai memanggil teman2 yang lain untuk pulang ke sarang menambahkan irama indah dalam kehidupan seorang hamba. Subhanallah, sungguh cantik bumi ciptaan AL-KHALIK. Dia bersendirian di dalam bilik, bukan menikmati keindahan alam ciptaan RABB, sebalikknya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan,  mengulangkaji subjek yang bakal di bawa ke medan pertarungan  duniawi.Sungguh dia lupa pada medan pertarungan yang sebenar yang bakal dihadapi pada bila-bila masa. Mungkin juga sebentar nanti. Hanya ALLAH Maha Mengetahui..... ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR... azam mula sayup2 kedengaran menandakan waktu asar sudah tiba, ada satu kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang hamba.....
" kejap lagi la aku solat, nak habiskan ni dulu...sikit je lagi",desis hatinya.
Dalam kekalutan mentelaah, tiba2 fikirannya melayang terimbau kembali saat2 manis bersama seorang insan yang sangat dikaguminya suatu masa dahulu........

"Adikku sayang, nak dengar tak cerita tentang posmen kita?"

"nak2....kita ade posmen sendiri ke? sape?" dia bertanya.....wajahnya penuh kehairanan.

"Ade adikku, setiap kite ade posmennya, jika kita puasa amalan kite direct terus padaNYA, tapi jika kita solat? kita ade posmen untuk hantar amalan kita padaNya".

"Biar saya teka, posmen kita tu malaikat kan?" soalnya bersungguh-sungguh.

"Betul, pandai adik..... Setiap kita ada malaikat, malaikat yang hantar amalan solat kita pada ILAHI.Untuk sampaikan amalan kita ni, Ia perlu melalui tol-tol di setiap lapis langit, dimana setiap penjaga tol adalah malaikat juga. Jika kita solat di awal waktu tolnya?"

" Mestilah sikit kan?" jawabnya bersungguh...

"Tolnya 'free' adikku, sekatan tol tiada. 'Jem' pun tak de. Malaikat kite terus sampaikan amalan kite pada ALLAH untuk dinilaikan.....haa.. seronok tak bila kite beramal, terus amalan kite dihantar pada ALLAH.... Tanpa ade sebarang sekatan? Terasa nikmat sangat kan? "

"Mestilah seronok....terus dapat penilaian." ade riak 'excited' pada wajahnya.

"Tapi.... jika solat akhir waktu tolnya pun free jugak dik...."

Dia mula kebingungan.... Kenapa sama saja tolnya dengan yang solat awal waktu?

" Tapi dik, sekatannya MasyaALLAH..... Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita.... Kenapa lewat poskan amalan kita?.... Maka merayu-rayulah posmen malaikat kita minta diberi laluan......
Tetapi ape penjaga langit pertama buat?.....penjaga langit pertama tidak hairan pun dengan malaikat posmen kita.....Malah dicampakkan amalan lewat solat kita tadi ke bumi..... Maka jatuh berderailah amalan solat kita tadi tu dik.... Dikutip semula oleh malaikat posmen kita..... Satu persatu dikutip, sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua........

Di langit kedua,
samalah jugak, bebelan penjaga tol kerana lewat hantar amalan kita.... merayu lagi kawan kita ni....Tetap tak dipedulikan lagi..Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita tadi....Jatuh berderai lagi.....Dikutip satu persatu amalan kita....Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada ILAHI...

Dilangit ketiga,
La.... kena basuh lagi malaikat posmen kita ni dik!....
Kenapa lewat hantar amalan tersebut.....
Tiada kompromi....Terus dibaling amalan kita...Jatuh berderai amalan kita.... Tak ade nilai??!!

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi...
Maka......
Tak sampailah amalan kita kepada ALLAH.....
Seolah-olah kita tak solat kan dik? Ruginya...."

"A'ah.... ape gune kita solat tapi tak dapat ape2....rugilah.... lepas ni nak solat awal waktu lah..terus dapat penilaian....kan2...." ade segaris senyuman dibibirnya.

"Bagus tu dik...... macamtulah, bijak adik....dan bila amalan kita  tak sampai pada ALLAH, maka bersedialah kita untuk menerima pembalasannya... Tak kat dunia...di akhirat pula.... Hati sentiasa resah, ujian datang bertimpa-timpa.....Tak berbaloikan kita buat amal tapi tak sampai?"

Dia mengangguk tanda faham...

"Dahlah tu tak ade nilai....kane AZAB adelah...."


Panahan kilat beserta bunyi guruh di luar mematikan lamunannya..... "ASTAGHFIRULLAH", dia beristighfar mohon keampunan pada yang Maha Pengampun.... Di tikar solat itu, jatuh berderai air mata keinsafan...
" Ya ALLAH, ampunkan kami kerana lalai....Sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka menunaikan solat di awal waktu... Gundah gulanakan hati kami selagi kami tidak menyegerakan solat agar kami tidak gundah gulana di akhirat kelak...... ameen ya Rabbal 'alamin.."




now..nadia's story...(^_^)..... kwn2....walau sesebuk mane pon urusan kite kat dunia ni.jgn sekali-kali melewatkan solat kite....apatah lagi meninggalkan terus!!! ingat, jika kita menolong agama ALLAH, ALLAH pasti akan membantu kita......
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa, (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (QS al-Hajj: 40-41)


 Ini adalah janji yang Allah ungkapkan berulang kali.

Dalam surah Muhammad, Allah berfirman: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (QS Muhammad: 7)

“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.”

Ayat di atas adalah janji Allah yang pasti terjadi. Hati yang beriman, jiwa yang penuh dengan cahaya bashirah akan menangkap firman Allah ini sebagai jaminan yang pasti dipenuhi. Tidak tersisa sedikitpun keraguan bahawa pembela agama Allah pasti akan mendapatkan kemenangan.

Tapi ternyata Allah memberikan criteria yang cukup spesifik. Sederhana dan jelas. Empat kriterianya: mendirikan solat, menunaikan zakat, memerintahkan kepada yang ma’ruf, dan melarang  yang munkar.
Tampaknya syarat yang cukup mudah dan simple. Tetapi kuatkah kita untuk sentiasa berterusan melaksanakan kewajipan ini? tepuk dada tanya iman....Jawapannya pasti berbeza....
live WELL or live HELL, we choose!

..............wallahu'alam.................

2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM....nice story...suka dgn ceta nie...sgt berbakat dalam penulisan kreatif....thumbs up! sangat2 kagum....bersahaja tetapi sangat menarik untuk membaca...subhanallah...patutnye dari dulu sy jadi pembaca setia blog nie....huu...nway, keep it up...mmg hebat la cara penulisan tu...suka2... :)

    ReplyDelete
  2. hebat(?)...biase2 je.... menulis bile ade mood... neway....syukran!

    ReplyDelete

DOA

DOA
Masthead Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!
Create your own banner at MyBannerMaker.com!

ukhwah fillah

ukhwah fillah