SALAM  AZRAQ, buah   hatiku...
entry  kali ni  aku  malas  nak  cite  ape2  pasal  weekend...
banyak  bende  lagha  yang   aku  buat...
cuma  masa  aku  baru  balik  tadi
ade  perkara  yang   aku  kurang  puas  hati
dengan  sahabat2  aku...
mengapa  mesti  bercinta  ketika  di  alam
persekolahan or now, university???
aku  tak  nafikan,  perasaan  ingin  bercinta  dan  dicintai
itu  memang  fitrah  manusia..
buktinya,  ALLAH  menciptakan makhluk  di atas  muka  bumi
ini  berpasang -pasangan.
" Wahai  umat  manusia!  sesungguhnya  Kami  telah menciptakan  kamu  dari  lelaki  dan  perempuan, dan  Kami  telah  menjadikan  kamu  berbagai  bangsa  dan  berpuak-puak,  supaya  kamu  berkenal-kenalan( dan  beramah  mesra  antara  satu  sama  lain). Sesungguhnya  semulia-mulia  kamu  di sisi  ALLAH  ialah  orang  yang paling bertaqwa di antara  kamu.Sesungguhnya  ALLAH  Maha  Mengetahui, lagi Maha  Mendalam PengetahuanNya"
(48:13)
alangkah  sedihnya  aku  bila  ada  yang  menggunakan  firman ALLAH  untuk menegakkan  benang  yang  basah...  ampunkanlah  mereka  Ya ALLAH,  sahabat2ku  yang  masih  lagi  jahil  tentang  istilah  mahabbah  yang  sebenar...sebenarnya,  banyak  laranagan  ALLAH  dalam  al-Quran  yang  melarang  hubungan-hubungan  ini. "dari  mata  turun  ke  hati", begitulah  permulaan  cinta  yang  sering  anak2  muda  perkatakan.
 Firman  ALLAH,
" Katakanlah  kepada  orang  laki-laki  yang  beriman, hendaklah  mereka  menahan  pandangannya, dan  memelihara  kemaluannya; yang  demikian  itu  adalah  lebih  suci  bagi  mereka, sesungguhnya ALLAH  Maha Mengetahui  apa  yang  mereka  perbuat"
(24:30)
 Nah,  jelas  di sini  ALLAH  telah  memerintahkan  kita  secara  terang-terangan  untuk  menjaga  pandangan  daripada  memandang  perkara  perkara  yang  dilarang, termasuklah  memandang  wanita  bukan  mahram, serta  wajib  ke atas  kita  untuk menjaga  nafsu.dan!!!!  perintah  ini  BUKAN  sahaja  ditujukan  kepada  kaum ADAM. Dalam  ayat  yang  seterusnya  ALLAH  berfirman,
"Katakanlah  kepada  wanita  yang  beriman, hendaklah mereka  menahan  pandangannya, dan  memeliharakemaluannya...." (24:31)
Hah, sudah  terang  lagi  bersuluh...ayat  ni  jelas   ALLAH  melarang  lelaki  dan  perempuan  bukan  mahram  daripada  saling  berpandangan  dengan  niat  untuk  suka-suka, ni  kan  pulak  untuk  memuaskan  hawa  nafsu!!!
"Dan  janganlah  kamu  menghampiri  zina, sesungguhnya  zina  itu  adalah  suatu  perbuatan  yang  keji  dan  suatu  jalan  yang  buruk"(17:32)
ni  menunjukkan, walaupun  kita  hanya  mendekati  zina, ia  sudah pun HARAM!!  Jadi  bercinta @ ber'couple'@ yang  seangkatan  dengannya  adalah HARAM!!
Nabi S.A.W  bersabda:
"Sesungguhnya  ALLAH  Ta'ala  telah  menetapkan  nasib  anak  Adam  mengenai  zina. Tidak  mustahil  dia  melakukannya. Zina mata  ialah memandang. Zina  lidah  ialah  berkata. Zina  hati  ialah  keinginan  dan  syahwat, sedangkan faraj(kemaluan)  hanya  menuruti  atau  tidak  menuruti." Sahih  Muslim..
wahai  sahabat2ku,
sedarkah  kalian....  banyak  zina yang  telah  kalian  lakukan  secara  tidak  langsung...
aku  bukan  nak  kata  aku  bijak  dalam  soal  hati  dan  perasaan..
dan  aku  juga   bukanlah  ustazah  yang  arif  tentang  hukum-hakam..
tapi  perlukah  aku  menjadi  ustazah  untuk  mencegah  kemungkaran??
perlukah  aku  menjadi  seorang  mufti  untuk menegaskan  hukum  yang  sudah  temaktub  dalam al Furqan???perlukah!!!
sedangkan  kita  semua  sebagai  khalifah  di  muka  bumi  ini  memegang  amanah  yang  besar, amar ma'ruf  nahi  munkar.. tidak  kira  siapa  kita, apa  pangkat  kita , kita  punya  satu  amanah  besar  yang  perlu  dipikul  bersama... so, jangan  pertikaikan  kalau  aku  perkatakan  isu  ini...aku  akui, kadang-kadang  kita  rasa  tercabar  bila  melihat   sahabat2  yg  lain  bercouple, aku  jugak  rasa  macam  tu  pada  mulanya... tapi  aku  terfikir, apa  faedah  yang  aku  dapat  kalau  bercinta  sebelum  nikah??? NOTHING!!! yang  ada  hanya  dosa  yang  aku  dapat...
akhirnya  aku  dapat  tahu  yang  bercouple  itu  HARAM...  sejak  dari  itu  aku  cuba  memagari  diri  aku  daripada  anasir2  jahat, daripada  bisikan2  syaitan  laknatullah..  kerana  apabila  kita  diserang  rasa  cinta  lalu  kita  sembunyikannya  tanpa  ada  orang  yang  mengetahui...kita  akan  mati  syahid.. aku  pegang  kata2  itu...
fake it till you make it!!
dalam  sesuatu  perkara  kadang-kala  kita  perlu   berpura-pura  untuk  melakukannya sehinggalah  kita mampu  sebenar-benarnya  tanpa  ada  kepura-puraan..ikhlasla  maknanya tu(seyes  aku  da  mula  mengong...  ngantuk ke??)CINTA DAN ALAM, MANA  LAGI TUA??cepat2....sapa  tau??jawapannya  cinta, sebab  kerana  cintalah   ALLAH  menciptakan  alam  semesta..
betul  tak???
HARUSKAH  BERCINTA  DALAM  ISLAM???diharuskan  dalam  Islam  sekiranya  cinta  itu  berbentuk  MAHABBAH,  iaitu  cinta  sesama  saudara  seislam  berladaskan  syariat...TAPI..
HARAM, sekiranya  cinta  itu   berbentuk  ISYQAH, 
iaitu  cinta  berahi  berlandaskan  nafsu  semata-mata... kadang-kadang  kita  ini  terlalu  mengikuti  sunnatullah  sampaikan kita  terlupa  lalu  meninggalkan  syariatullah... Buktinya  kita    berkasih  sayang  sesama  insan  tidak  kira  lelaki  mahupun  perempuan  sehingga  kita  melupakan  batas2  pergaulan  yang   telah  di gariskan  di  dalam  ISLAM...
JANGAN  KERANA  KITA  ISLAM  TERFITNAH!!
sahabat2  sefikrah,seakidah, seperjuangan  sekalian...
tahukah  kalian,  perbuatan  yang  kalian  lakukan  ini  mampu mengundang  fitnah  pada  diri  kalian  malah  yang  lebih  dahsyat  perbuatan  kalian  bisa  mengundang  fitnah  terbesar  buat  ISLAM  agama  akhir  zaman, agama KITA, agama RASULULLAH S.A.W....  insan  yang  kita  cukup  cintai..sanggupkah  kalian  menjadi   punca  terjadinya  fitnah  tersebut??kalian  bukannya  insan  yang  jahil  dari  segi  agama,  buktinya  kalian  berada  di  universiti  yang  berteraskan  ISLAM, IMAN dan TAQWA...  cuba  kalian  bayangkan  situasi  ini  yang  berlaku  di tempat  dan  waktu  yang  sama:1.  seorang  gadis  yang  berpakaian  seksi  sedang  berdua-duaan  dengan  teman  lelakinya
            DAN
2. seorang  muslimah  yang  auratnya  di  jaga  rapi  namun  sedang berdua-duaan  dengan   seorang  lelaki..
rasa-rasanya  yang  mana  satu  akan  tercetusnya  fitnah  yang  lebih  besar???
~tepuk  dada  tanya  iman~
mungkin  kalian  boleh  kata: " kami  tak  jumpa pun  cuma sms  dan  berbual  melalui  telefon, kami  jaga  pandangan"tapi  sedarkah  kalian,  semua  itu  sebenarnya  antara  cabang2  iblis  untuk menyesatkan  kalian..daripada  perbualan  lama -kelamaan  kita  akan mula  berani  bertentangan  mata....  tercetusnya  kerinduan, terjalinnya  kemesraan  dan  akhirnya  tanpa  kita  sedari,  musuh  kita  yang  jelas  lagi  nyata  sedang  berpesta  meraikan  kemenangan  di atas  kelalaian  kita..
nauzubillahi min dzalik...
sekali  lagi  aku  katakan, aku  bukanlah  bagus  seperti  kalian  yang  bisa  menghafal  hadis2  sohih,  menterjemah B.A  dengan  baik  tapi  sebagai  sahabat  yang  sayang  kepada  sahabatnyaaku  rasa  tidak  salah  sekiranya  aku  menegur  kalian  demi  kebaikan  bersama.alangkah  bagus  sekiranya  kalian  menggunakan  nikmat  yang  ALLAH  kurniakan  itu  ke jalan  kebaikan  yang  pastinya  peroleh  keredhaan  ALLAH...wallahualamnota  kaki: aku  mintak  maaf  byk2  sekiranya  ada  di antara  penulisan  aku  yang  mengguris  hati  dan  perasaan  kalian  yang  memang  sedia  terguris  tu...  apa  yang  aku  tulis  ni  lahir dari  hati  dengan  perasaan  yang   ikhlas.. insyaALLAH.. semoga  ALLAH  terus  memberi  aku  kekuatan  untuk  terus  berjuang  di  medan  pena  ini  kerana  sesungguhnya  tiada  pedang yang  lebih  tajam  melainkan  pena penulisan...
  salam  ukhwah, salam  mujahadah.