salam mahabbah mawaddah wa rahmah,
alhamdulillah, segala puji hanya untuk ALLAH, rabbul 'alamin..
dengan izinNYA, jemari ini masih mampu untuk menari di atas papan kekunci
bagi mengisi ruangan mawaddah buat diri: aku, kau, kamu dan dia...
buat SAHABAT2 yg sedang hangat bercinta, TERUSKAN CINTA ANDA...
tapi...
buat SAHABAT2 yang sedang bercouple, BERHENTILAH BERCOUPLE!
kerana sebagai manusia biasa, aku cinta akan kalian!
mencintai kalian kerana ALLAH....
mencintai kalian kerana mengejar MARDHATILLAH, 
cinta kalian untuk kita sama2 memenuhi RAUDHATUL JANNAH...
AYUH SYABAB! MARI KITA BINA GENERASI RABBANI...
MARI KITA KUKUHKAN TIANG YANG SEMAKIN GOYAH!
AYUH, BANGKIT SAHABAT2KU SEKALIAN...
MARI KITA BERCINTA,
AJARKAN DUNIA TENTANG CINTA KITA!
jom baca hasil tulisan HILAL ASYRAF,
apa kata HILAL tentang cinta?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Couple=cinta? Saya kata tidak.
Bicara  cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan  berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak  ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata  ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”
Saya  pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib  couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la?  Begitu kah?
                Patutlah bila saya kata  bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No  cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab  apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.
                 Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya  jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan  tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.
Apa itu cinta
Saya  tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana  sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan  padangaan yang saya perhatikan selama ini.
                 Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita  hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia –  Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang.  Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah,  sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua la  pendek kata.
                Jadi, kalau kita melakukan  sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu  tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata  - saya  cintakan awak.
                Cinta, terkandung di  dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang  melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun  ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang  Penyayang atau seorag Pengasih.
                Jadi,  kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh  Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke  neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si  pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang  menyayangi dan cinta mencintai?
                Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
Cinta  itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh  muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah  ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab  dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’  dan sebagainya.
                Pendek kata, jatuh cinta  ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram  kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah  ‘fitrah’.
                Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.
                Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.
                 Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan  semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah  makan minum yang halal.
                Cinta? Saya tidak  pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan  perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila  tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.
                Maka  apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah,  usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah  namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call,  dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak  sama sekali.
                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.
                Hendak masuk syurga bersamanya.
                 Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita  mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu  bercintalah.
                Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?
                 Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa,  maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal  perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu  kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu  pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula  perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji  pula perhubungan tersebut. ^^
                Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.
                Siapa kata tiada? ^^
Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
“Kalau  kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan  rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah  maha tahu jodoh kita siapa.”
    Pernah dengar ayat macam ini?
                Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
                Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^
                 Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan  main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu  sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la  pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta  padanya ni?
                Baiklah. Saya bagi contoh buka  laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda  usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka  laci itu?
                Satu lagi. Exam. Macam mana kita  mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa  kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa  exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?
                USAHA.
                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
                “Kalau  kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan  rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah  maha tahu jodoh kita siapa.”??????
                 Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada  Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?
                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.
                 Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka  si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background  check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan,  sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.
                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.
                Kalau pendam sahaja buat apa?
                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.
                 Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah  lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak.  Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.
                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.
                Tawakkal Buta?
                Jangan sekali.
Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama
Saya  sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi,  takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang  mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat  garisan membezakan cinta dan couple.
        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
                Cinta sebelum kahwin ada.
                Dan.... Siapa kata couple=cinta?
                Boleh tukar definisi tu semula. ^^
~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
http://langitilahi.com
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~         
masih ingat kata2 seorang teman:
"Love is like a smooth muscle. We can not control it, it just happen...
when u're swallowing, u don't be like...u know,
think hard to tell your brain to send impulses to esophagus to contract..
and so do love.
Feeling yes, it is somehow, uncontrol, but
action, oh yes we can always control our action..."
so..CONTROL your action!
org yang kuat dan hebat bukan tak diuji,
tapi mereka tahan dan tabah dengan ujian ALLAH...
for a thousand times....UJIAN ITU TARBIYAH...
BERSYUKURLAH kita diberikan ujian...
kerana Ujian itu tanda ALLAH SAYANGKAN kita..