Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta  maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara.  Masih terngiang-iang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan  perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan.  Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah,  apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong-tarik dengan harga yang  rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum  dengan kemenangan. 
Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ku. Yang melantunkan suara ego dan  marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri… ada suara lain  yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara  tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan  rasa. Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. Berperang dengan mereka  bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu  selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nesacaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara.”
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nesacaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara.”
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau  sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan  sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih  dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan kuterjah perangkap itu  berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang  sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku  letakkan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. Hidup  terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama  seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, bererti  memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali.”
“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali.”
Ah, betapa leganya sekarang… Benarlah bahawa kebaikan itu tampak  sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan  terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan  manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan  keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam  tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang  meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput  datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar  memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu  Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk  terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja,  sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU.
nota kaki: copy & paste dari GENTA RASA...peringatan buat diri yang sering ber'tuhankan' nafsu amarah tanpa disedari.... ku mohon maaf pada insan2 yang pernah kusakiti dalam sedar ataupun tanpa kusedari... 




 
