Salam alaik saudara-saudara seakidah sekalian...
Mengapa manusia perlu ber'mutabaah'??!...
Sebelum itu, apa itu mutabaah ya??
jom kita explore...
........................................................................................................................................................
Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan. Kata mutaaba’ah sama dengan kata pengendalian di dalam konsep pengurusan. Berbeza dengan mutaaba’ah, muhasabah tidak mengikuti dan mengawasi sesebuah program agar berjalan sesuai dengan yang telah direncanakan. Kata muhasabah berasal dari kata hasaba. Kata itu bererti, antara lain, jaazaa wa ‘aaqaba (mengganjari dan menghukum). Jadi, kata muhasabah bererti pengganjaran dan penghukuman.
....................................................................................................................................................................
dah tahu maksud mutabaah??
jom explore ape yang ade kat muatabaah ni....
___________________________________________________________________________________
1. Tilawah al Quran – Harian Satu Hizib sehari
2. Memelihara Solat Fardhu berjemaah & digalakkan berwirid selepas solat Harian Solat berjamaah di Masjid terutama Subuh dan Isya’
3. Membaca Ma’thurat Sughra Harian – 1 kali sehari
4. Beristighfar Harian – Setiap kali selepas solat
5. Memelihara sembahyang sunat rawatib – Harian
6. Membaca buku – sekurang-kurangnya ½ jam Harian Setiap hari
7. Riadhah (15 min sehari) Harian – 3 kali seminggu
8. Menghafaz ayat Al Quran Harian – Satu ayat sehari
9. Berinteraksi dengan jiran – Minima sekali seminggu
10. Riadhah Jamie Mingguan Setiap minggu
11. Qiam Fardi – Mingguan
12. Berpuasa Sunat Bulanan – 3 kali sebulan
13. Berinteraksi ibu-bapa – Minima sekali seminggu
14. Ziarah Kubur Bulanan – Setiap 2 bulan
__________________________________________________________________
kerana mutabaah adalah amalan asas setiap individu..
Seruan menuntut kita beramal sebagai syarat memperoleh kejayaan. Adakalanya amalan yang dituntut itu membuatkan kita rasa terbeban dan tidak mampu untuk melakukannya.
Lantas, alasan-alasan dikeluarkan bagi meringankan tuntutan beramal. Semuanya ingin diringan dan dimudahkan supaya mengikut keselesaan hidup sedia ada.
Mengapa?
Masih belum merasa ia sebagai keperluan. Merasakan ia adalah beban. Tidak merasa keperluan umat yang sangat mendesak untuk setiap individu itu berubah.
Keperluan kepada ketenangan di dunia itu masih pada movie, bukannya pada zikir. Keperluan kepada kepada kepuasan hidup masih pada kebendaan, bukannya pada kebaikan.
Semuanya dirasakan sebagai beban akibat tidak faham dan menjiwai keperluan sebenar.
ISLAM itu mudah sahabat2 seperjuanganku....tapi bukan untuk dimudahkan, bukan untuk diremehkan!
pokoknya, perlukah kita memaksa diri kita untuk melakukan semua mutabaah tersebut?!
mari kita lihat hadits di bawah:
~iman itu bertambah dan berkurang~ maka isitiqamahlah pada ibadah anda walaupun sedikit
Nabi SAW. jgnlah kita beribadah semata kerana semangat kerna semangat akan luput
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ قَالَ مَنْ هَذِهِ قَالَتْ فُلَانَةُ تَذْكُرُ مِنْ صَلَاتِهَا قَالَ مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ
Daripada ‘Aishah bahawa Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya dan dekat dengannya ada seorang perempuan. Rasulullah s.a.w. bertanya, siapakah dia ini. ‘Aishah menjawab, si fulanah dan beliau menyebutkan tentang sembahyang perempuan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Cukuplah. Hendaklah kamu beramal mengikut kemampuan kamu. Demi sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu merasa jemu. Dan agama yang paling disukai Allah ialah apa yang dilakukan seseorang secara berterusan. (al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Ahabb al-Din Ila Allah ‘Azza Wa Jalla Adwamuha)
jgnlah kelam kabut dalam ibadah, ibadah tu perlu dikawal......jika mampu buat lebih, buatlah yg termampu untuk diistiqamahkan...
lagi....
Nabi SAW marah (nasihat yg baik) orang tinggal ibadah, Nabi SAW juga marah orang buat secara berlebihan
~sebab tu kita kena ingat:
syariat itu adalah maslahah untuk manusia semata2, bukan untuk kepentingan Allah - kerana kita lah yang lebih berhajat kepada Allah SWT.
Al-Quran itu adalah wahyu, tidaklah dibaca Alquran itu melainkan supaya kita mentadabbur (menghayati),
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada-mu penuh dengan berkah supaya mereka memperhati-kan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad,38: 29)
bacalah Al-Quran dengan tartil, jgn tergopoh-gapoh mengejar kuantiti, ada sesetengah kita yang terlalu melampau dalam mengejar target yang tinggi sehingga hilang keindahan bacaan Alquran. bacalah Alquran dengan tenang...
“Dan apabila Al-Qur’an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A`raf,7: 204).
sistem mutabaah ni memerlukan kita menjelaskan dan memberi kefahaman akan dalil sahih terelbih dahulu sebelum kita memberitahu, "enti kena paksa sikit"
tak payah pergi jauh2 la, bacaan doa sebelum makan pun belum tentu lagi menurut sunnah Nabi SAW
betul tak?! hee... manusia ni mudah taqlik-mengikut semata-mata tanpa ada sumber yg sahih-
sebab tu kita tak nak melahirkan insan yang beramal kerana ikut halaqah, bila tak ikut halaqah hanyut.....
dengan memahami tujuan ibadah, merasa yakin bahwa ibadah dilakukan menurut tuntutan syara' dan bardasarkan sunnah Nabi SAW menjadikan seseorang tu dengan sendiri mengerti keperluan ibadah jgn suka-suki langkah flow.....
al-fahmu->al-ikhlas->al-amal
merutinkan ibadah yang sikit lebih baik daripada memaksakan ibadah yang tak konsisten
tahap ibadah seseorang tu tak semesti sama dengan tahap ibadah seseorang yang lain......
jom baca cerita yg menarik ni!
nota kaki: wallau'alam.... aku mohon kebaikan atas tinta mujahadah ini...insyaALLAH... skadar tazkirah buat sahabat seperjuangan jua tazkirah buat hati ini yang sering lalai dan hanyut dibawa arus kenikmatan yang sementara...
(aku rindu halaqah itu)