Ini satu kesah tentang seorang manusia yang dilahirkan sebagai seorang insan yang lemah pada pandangan manusia...sebuah cerita tentang kehidupan di pentas lakonan mayapada dipenuhi pelakon2 hebat....kesah suka duka sebagai seorang manusia yang menggalas pelbagai amanah, sebagai khalifah, sebagai anak, sebagai insan...dan segalanya bermula di Hospital Teluk Anson (name dulu) apabila seorang bayi comel dilahirkan di
dunia yang penuh dengan keindahan ciptaan ILAHI penuh jua dengan permainan tipu daya sang Taghut durjana.kelahirannya sempurna seperti bayi2 yang lain..tiada cacat cela..bersyukur si ibu melihat bayinya yang dilahirkan dalam keadaan sehat sejahtera...doanya dimakbulkan RABBUL IZZATI..gembira hati si abah tatkala melihat anak keduanya mampu menangis dan tersenyum..segalanya normal..normal seperti bayi2 lain yang dapat melihat dunia....saat ini, yang pasti si bayi hanya mampu menangis dan ketawa sebagai wasilah antara si ibu dan anak..antara si abah dan anak..yang pasti jua...si bayi ini pantas bersyukur kepada PENCIPTAnya kerana mengurniakan dua orang malaikat sebagai penjaganya di planet yang bernama bumi
Ketika usia masih hijau..masih kecil, si bayi sangat comel keletahnya...sifatnya yang manja sering menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya... pendek kata, si kecil ini seringkali menjadi rebutan dalam kalangan saudaranya memandangkan hanya dia, si kecil comel yang wujud dalam dunia kecil keluarga si ibu..
nota kaki: erkk..si penulis cerita nak break jap...sambung len kali ek..nak join kengkawan
brunch=breakfast+lunch(broken eng.)
nota kaki: erkk..si penulis cerita nak break jap...sambung len kali ek..nak join kengkawan
brunch=breakfast+lunch(broken eng.)
No comments:
Post a Comment