FATRAH IMTIHAN
Ini kisah tentang dia. Bukan dia dalam kisah ‘malam itu’ tapi dia, kisah seorang anak perantauan . Kisah seorang insan yang mencari makna hidup dalam lautan manusia di tanah berdaulat. Tanah asing. Tanah yang banyak berjasa pada rakyat melayu suatu ketika dahulu. Bumi kebanggaan Hang Tuah. “ Cari ilmu tu bukan setempat….. kite kena berjalan, merantau atas bumi ALLAH yang luas…baru byk ilmu yg kita dapat. Baru luas pengetahuan. Ilmu tu ada kat mana2 je atas bumi ALLAH…. Tapi ilmu takkan datang bergolek macam tu je kat kite…..kite kana cari.” Nasihat Mak Su masih tersimpan semat dalam kotak fikirannya. Atas sebab itulah dia sanggup berpisah dengan keluarga tercinta, berpisah dengan org tersayang demi menunaikan tuntutan seorang muslim.
Macam jauh je kan. Padahal still dalam tanah jajahan..... hailaaaa
Tapi still jauhla tu kan kalau sampai boleh buat jama’ qasar…..
Lebih satu purnama di Bumi Hang Tuah, rasa rindu pada ayah bonda mula bertandang…. Tapi disebabkan ramai kawan2 yang sekepala dgnnya,yang boleh buat geng melepak, study bersama… dia mula menyesuaikan diri walaupun pada mulanya dia mengalami kejutan budaya…. Terkejut berok dibuatnya bile mula2 jejak kaki kat asrama. Banyak tragedi2 hitam menghiasi hidup dia….. lastnya dia jadi lali….terbiasa…. Hidup ini macam colour pelangi, bukan colour oren je….ade jugak colour biru, merah….hidup ini warna-warni. Dan pelangi yang cantik takkan ade tanpa rintik si hujan.
Hari berganti bulan. Bulan berganti tahun. Kini tinggal beberapa bulan saja lagi untuk dia meninggalkan tanah berdaulat itu…ahh sungguh dia terasa sayu bila mengenang perpisahan yang akan terjadi. Dia bakal meninggalkan bumi yang telah banyak berjasa dalam mencorak diari hidupnya. Dia bakal berpisah dengan insan2 yang telah mewarnai hari2 semalam.
“ Antara 7 orang yang akan diberi naungan pada hari yang tiada naungan selain darinya ialah orang yang bersahabat kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH.Ingat tu .” pesanan ustaz Wan masih berbekas diingatan.
“InsyaALLAH, bertemu dan berpisah hanya keranaMu ya ALLAH..”
“Exam bile?” suara bonda dicorong telefon lembut menyapa telinga. Alahai rindunya dekat ibu. Cuti sekolah lama lagi…..dasar anak mak!
“ Hmm…minggu depan.” Mata melekat pada calendar yang ditampal pada meja studi. Sekilas gambar mereka sekeluarga dalam frame kayu atas meja dipandang. Sumber inspirasi.
“insyaALLAH. Dah usaha kan. Tinggal nak tawakal je.”
Dia mengetap bibir, menadah telinga. Sungguh benar kata ibu, tapi dia kurang pasti akan usahanya.
“Ingat tak, kan ibu pernah pesan. Kita usaha seolah-olah tu je cara yang tinggal. Tapi, kita tawakal seolah-olah kita tak ada usaha langsung. Tawakal sungguh-sungguh. InsyaALLAH terus sampai pada ALLAH.”
Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Hatinya sedikit terusik dengan pesanan azimat itu. Pesanan ikhlas dari seorang ibu yang mengharapkan anaknya berjaya dalam segala hal.
“ Orang takut. Baca tak masuk. Buat latihan tak boleh jawab. Tension la.”
Kedengaran gelak ibu di sebelah sana.
“Ibu…..” Dia menuturkan geram. Boleh pulak ibu ni! Orang beria cerita kat dia, dia gelak pulak. Perlahan-lahan, geramnya bertukar jadi senyum dan ketawa. Magic kan? Kalau dengan ibu, tengah-tengah mood petir dah menyambar dasar hati, hujan lebat membasahi pipi ni pun boleh gelak jugak. Lepas tu sambung hujan balik. Siapa yang tertengok dia telefon ibu mesti ingat dia gila agaknya. Bipolar disorder.
“ Doa banyak2. Hubungan dengan room-mates, cikgu semua kena jaga. Kalau tak jaga nanti nauzubillah…… Allah hijab jawapan tu masa tengah exam. Solat taubat banyak2. Solat Dhuha jangan lupa, mohon pada ALLAH moga dimurahkan rezeki. Ingat, ilmu itu cahaya dan cahaya ALLAH tu tak datang pada orang yang buat dosa.”
“insyaALLAH ibu, nanti angah buat.” Perlahan dia membalas. Dalam hati dia bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat memahami.
Setelah hampir sejam berbual dengan bonda tercinta, akhirnya perbualan ditamatkan…… lepas segala rindu yang bersarang di hati. Buku rujukan physic ditarik dari almari. Niat untuk melepak sebentar bersama Zack dibatalkan. Masa itu emas. Dia harus menggunakan masa itu sebaiknya.
"live well or live hell!" sungguh dia masih ingat kata azimat itu.
"Terima kasih sahabatku"