AHLAN WA SAHLAN

Wednesday, February 2, 2011

SATU AMANAH

“Empat perkara, barangsiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah munafiq yang sebenar dan barangsiapa yang memiliki salah satu daripadanya maka dia telah memiliki salah satu daripada sifat munafiq dan dia kekal memiliki ciri-ciri munafiq sehingglah dia meninggalkannya: apabila diberi amanah di khianat, apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bermusuhan dia berlaku jahat”.
(Shohih Muslim – Hadis ke 88)

aku mulakan post kali ni dengan hadis yang sangat masyhur dalam kalangan kita sebagai seorang muslim...
munafik??!! rasenye semua arif maksud munafik kan?! lets to the point...
aku bukan nak kupas secara mendalam isu munafik ni.... aku nak kongsi sedikit mengenai  salah satu penyumbang kepada sifat munafik....apabila diberi amanah di khianat!! macam berat kan?!..
amanah?! ade org suke dengan amanah..ade jugak yang benci pada amanah...hakikatnya semua nyawa di bumi ini punyai amanah @ tanggungjawab masing2 selagi jasad ini milik al-KHALIK...
aku?! hehe simply said, suke tidak, benci pun tidak.... macam mane tu?! persoalan yg tiada jawapan!!
kekadang aku takut nak terima amanah ni... kenapa ya?! sebab aku teringat satu hadis yang berbunyi lebih kurang macam ni: 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; 'bagaimana maksud amanat disia-siakan? ' Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu."...

teetttt...aku takut amanah itu aku persiakan! aku takut aku bukan ahli yang tepat untuk melaksanakan sesuatu amanah!! pengecutkah aku?!  ermmm...org selalu ckp "belum cuba, belum tahu".... "pantang berundur sebelum bermula.."....tapi risiko yang diambil terlalu tinggi!! " get a life la dear, hidup ini kena hadapi cabaran... macam mane kite nak rase manisnya hidup kalau tak berani telan pahitnya dugaan"..then aku sedar... aku sahut cabaran itu!! tapi ade syaratnye..mesti buat bersungguh-sungguh...biar aku jadi 'ahli' yang sesuai untuk pegang amanah tersebut biarpun bukan 'ahli' yang 'tepat'......

insyaALLAH.... 
        sume org suke sebut kalimah suci tersebut bile diberi amanah.... bagus! amalkan...

Sebagai seorang muslim, kalimah yang bermaksud “dengan izin Allah’ ini selalu digunakan bila kita berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. Sebagai manusia, akal kite terhad, ilmu kite dangkal, sangat lemah. Kita  tidak boleh meramal masa depan. Manusia tidak dapat memastikan apa yang bakal dilakukan akan berjaya atau tidak.

         Oleh itu, Allah SWT telah mengajar makhlukNya agar mengucapkan kalimah ini. Kalimah ini sangat suci. Kalimah ini menunjukkan manusia yang mengucapkannya mempunyai rasa rendah diri terhadap RabNya. Rendah diri dengan mengakui bahawa hanya Allah SWT sahaja yang dapat memakbulkan dan merealisasikan apa yang diingini dan dirancangnya..... SUBHANALLAH... ALLAH itu Maha SWEET!

        TAPI  kita perlu ingat... InsyaALLAH ini bukanlah satu tiket bagi kite untuk melepaskan diri dari segala urusan dan tanggungjawab....  aku masih ingat lagi kate encik ustaz, " bile kite gune kalimah InsyaALLAH ni bererti kita sudah berjanji dengan ALLAH..."     sebab bila ALLAH izinkan sesuatu kita harus tunaikan janji tersebut...jgn main2 dgn kalimah ni...takut nanti kite mempersendakan agama tanpa sedar! JANGAN KERANA KEJAHILAN KITA, ISLAM TERFITNAH! Nauzubillah... konklusinye, bile diberi amanah..laksanakanlah dengan bersungguh-sungguh..biarpun pahit..tapi hasilnya pasti manis..insyaALLAH... yang penting IKHLAS..

      ok, back to the point, amanah...aku pernah jumpe dengan org yang suka sangat dengan encik amanah ni...banyak amanah yang tersandang di bahu beliau..aku respect habislah bile tahu beliau ni seorang yang ber'amanah'....hehe.... tapi kena ingat! bile pegang banyak tanggungjawab ni, hati perlu ikhlas..laksanakan bersungguh-sungguh..bukan sekadar melepaskan batuk ditangga... nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..kan rugi tu... bukan setakat rugi kat dunia bahkan buku amalan kite pun turut terisi bende2 yang tidak diinginkan.... Nauzubillah.... bukan setakat ahli2 dibawah seliaan kite yg berkecil hati takut perbuatan kite turut mengundang kemurkaan ALLAH...ASTAGHFIRULLAHALAZIM...

        sekadar peringatan buat diriku, kamu dan juga mereka yang bergelar 'khalifah'!! ingatkan aku andai aku terlupa dan tersasar dari landasan fitrah seorang insan yang rindukan kasih SANG PENCIPTA....

No comments:

Post a Comment

DOA

DOA
Masthead Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!
Create your own banner at MyBannerMaker.com!

ukhwah fillah

ukhwah fillah