SALAM AZRAQ, buah hatiku...
entry kali ni aku malas nak cite ape2 pasal weekend...
banyak bende lagha yang aku buat...
cuma masa aku baru balik tadi
ade perkara yang aku kurang puas hati
dengan sahabat2 aku...
banyak bende lagha yang aku buat...
cuma masa aku baru balik tadi
ade perkara yang aku kurang puas hati
dengan sahabat2 aku...
mengapa mesti bercinta ketika di alam
persekolahan or now, university???
persekolahan or now, university???
aku tak nafikan, perasaan ingin bercinta dan dicintai
itu memang fitrah manusia..
buktinya, ALLAH menciptakan makhluk di atas muka bumi
ini berpasang -pasangan.
itu memang fitrah manusia..
buktinya, ALLAH menciptakan makhluk di atas muka bumi
ini berpasang -pasangan.
" Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya"
(48:13)
(48:13)
alangkah sedihnya aku bila ada yang menggunakan firman ALLAH untuk menegakkan benang yang basah... ampunkanlah mereka Ya ALLAH, sahabat2ku yang masih lagi jahil tentang istilah mahabbah yang sebenar...
sebenarnya, banyak laranagan ALLAH dalam al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. "dari mata turun ke hati", begitulah permulaan cinta yang sering anak2 muda perkatakan.
Firman ALLAH,
" Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(24:30)
" Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"
(24:30)
Nah, jelas di sini ALLAH telah memerintahkan kita secara terang-terangan untuk menjaga pandangan daripada memandang perkara perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram, serta wajib ke atas kita untuk menjaga nafsu.
dan!!!! perintah ini BUKAN sahaja ditujukan kepada kaum ADAM.
Dalam ayat yang seterusnya ALLAH berfirman,
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memeliharakemaluannya...." (24:31)
Hah, sudah terang lagi bersuluh...
ayat ni jelas ALLAH melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandangan dengan niat untuk suka-suka, ni kan pulak untuk memuaskan hawa nafsu!!!
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"(17:32)
ni menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!! Jadi bercinta @ ber'couple'@ yang seangkatan dengannya adalah HARAM!!
Nabi S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj(kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti." Sahih Muslim..
wahai sahabat2ku,
sedarkah kalian.... banyak zina yang telah kalian lakukan secara tidak langsung...
aku bukan nak kata aku bijak dalam soal hati dan perasaan..
dan aku juga bukanlah ustazah yang arif tentang hukum-hakam..
tapi perlukah aku menjadi ustazah untuk mencegah kemungkaran??
perlukah aku menjadi seorang mufti untuk menegaskan hukum yang sudah temaktub dalam al Furqan???
perlukah!!!
sedangkan kita semua sebagai khalifah di muka bumi ini memegang amanah yang besar, amar ma'ruf nahi munkar.. tidak kira siapa kita, apa pangkat kita , kita punya satu amanah besar yang perlu dipikul bersama... so, jangan pertikaikan kalau aku perkatakan isu ini...aku akui, kadang-kadang kita rasa tercabar bila melihat sahabat2 yg lain bercouple, aku jugak rasa macam tu pada mulanya... tapi aku terfikir, apa faedah yang aku dapat kalau bercinta sebelum nikah??? NOTHING!!! yang ada hanya dosa yang aku dapat...
akhirnya aku dapat tahu yang bercouple itu HARAM... sejak dari itu aku cuba memagari diri aku daripada anasir2 jahat, daripada bisikan2 syaitan laknatullah.. kerana apabila kita diserang rasa cinta lalu kita sembunyikannya tanpa ada orang yang mengetahui...kita akan mati syahid.. aku pegang kata2 itu...
fake it till you make it!!
dalam sesuatu perkara kadang-kala kita perlu berpura-pura untuk melakukannya sehinggalah kita mampu sebenar-benarnya tanpa ada kepura-puraan..ikhlasla maknanya tu(seyes aku da mula mengong... ngantuk ke??)
CINTA DAN ALAM, MANA LAGI TUA??
cepat2....sapa tau??
jawapannya cinta, sebab kerana cintalah ALLAH menciptakan alam semesta..
betul tak???
HARUSKAH BERCINTA DALAM ISLAM???
diharuskan dalam Islam sekiranya cinta itu berbentuk MAHABBAH, iaitu cinta sesama saudara seislam berladaskan syariat...
TAPI..
HARAM, sekiranya cinta itu berbentuk ISYQAH, iaitu cinta berahi berlandaskan nafsu semata-mata...
kadang-kadang kita ini terlalu mengikuti sunnatullah sampaikan kita terlupa lalu meninggalkan syariatullah... Buktinya kita berkasih sayang sesama insan tidak kira lelaki mahupun perempuan sehingga kita melupakan batas2 pergaulan yang telah di gariskan di dalam ISLAM...
JANGAN KERANA KITA ISLAM TERFITNAH!!
sahabat2 sefikrah,seakidah, seperjuangan sekalian...
tahukah kalian, perbuatan yang kalian lakukan ini mampu mengundang fitnah pada diri kalian malah yang lebih dahsyat perbuatan kalian bisa mengundang fitnah terbesar buat ISLAM agama akhir zaman, agama KITA, agama RASULULLAH S.A.W.... insan yang kita cukup cintai..
sanggupkah kalian menjadi punca terjadinya fitnah tersebut??
kalian bukannya insan yang jahil dari segi agama, buktinya kalian berada di universiti yang berteraskan ISLAM, IMAN dan TAQWA...
cuba kalian bayangkan situasi ini yang berlaku di tempat dan waktu yang sama:
1. seorang gadis yang berpakaian seksi sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya
DAN
2. seorang muslimah yang auratnya di jaga rapi namun sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki..
rasa-rasanya yang mana satu akan tercetusnya fitnah yang lebih besar???
~tepuk dada tanya iman~
mungkin kalian boleh kata: " kami tak jumpa pun cuma sms dan berbual melalui telefon, kami jaga pandangan"
tapi sedarkah kalian, semua itu sebenarnya antara cabang2 iblis untuk menyesatkan kalian..
daripada perbualan lama -kelamaan kita akan mula berani bertentangan mata.... tercetusnya kerinduan, terjalinnya kemesraan dan akhirnya tanpa kita sedari, musuh kita yang jelas lagi nyata sedang berpesta meraikan kemenangan di atas kelalaian kita..
nauzubillahi min dzalik...
sekali lagi aku katakan, aku bukanlah bagus seperti kalian yang bisa menghafal hadis2 sohih, menterjemah B.A dengan baik tapi sebagai sahabat yang sayang kepada sahabatnya
aku rasa tidak salah sekiranya aku menegur kalian demi kebaikan bersama.
alangkah bagus sekiranya kalian menggunakan nikmat yang ALLAH kurniakan itu ke jalan kebaikan yang pastinya peroleh keredhaan ALLAH...
wallahualam
aku rasa tidak salah sekiranya aku menegur kalian demi kebaikan bersama.
alangkah bagus sekiranya kalian menggunakan nikmat yang ALLAH kurniakan itu ke jalan kebaikan yang pastinya peroleh keredhaan ALLAH...
wallahualam
nota kaki: aku mintak maaf byk2 sekiranya ada di antara penulisan aku yang mengguris hati dan perasaan kalian yang memang sedia terguris tu... apa yang aku tulis ni lahir dari hati dengan perasaan yang ikhlas.. insyaALLAH.. semoga ALLAH terus memberi aku kekuatan untuk terus berjuang di medan pena ini kerana sesungguhnya tiada pedang yang lebih tajam melainkan pena penulisan...
salam ukhwah, salam mujahadah.
No comments:
Post a Comment