AHLAN WA SAHLAN

Sunday, October 31, 2010

Syaitan Itu Kreatif
www.iluvislam.com
Pahrol Mohd Juoi
Editor:mawaryangtinggi



Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya.
Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!



Sumber: http://genta-rasa.com/2010/07/26/syaitan-itu-kreatif/#more-1088




"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

BIAR GAMBAR BERBICARA~



"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL!!


Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.



NOTA KAKI: SIYES2...BILE BACE ARTICLE NI AKU RASE TAK SABAR2 PULAK NAK KAWEN..HAHA PUTUS FIUS TOL LA KO NI..TING TONG!!! BELAJAU PON TAK ABES LAGI..HEHE... SAIFUDIN!! TUNGGU SAYA~teett


"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

Saturday, October 30, 2010

ANDAI SEORANG PEREMPUAN ITU DATANG~

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...


http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1044-andai-seorang-perempuan-itu-datang.html



NOTA KAKI: buat insan yang bergelar lelaki, dengarlah luahan seorang ADAM kerna hanya dia yang memahami diri kalian... buat SAIFUDINku... semoga kau tergolong antara BERANI dan GAGAH kerna kau pedang agamaku~

good news: my sweetheart sudah kuar dari ICU... happynyer...ALHAMDULILLAH...
insyaALLAH petang ni saya ambil KAMU!!!




"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

Wednesday, October 27, 2010

MENCARI NAURAH




MENCARI NAURAH...
nama sebuah novel islamik yang telah kubaca...
mantap penulisannya...
berkisarkan cinta...
cinta manusia...
dan paling utama,
cinta ILAHI...
aku suka jalan ceritanya...
kembali kepada fitrah manusia
secara kasarnya...
ingin cinta dan dicintai..
tapi punyai maksud tersirat yang mendalam...
CINTAILAH YANG MAHA MEMILIKI CINTA
SEBELUM KAU MENCINTAI NIKMAT YANG
DIBERIKANNYA....

dalam aku menghayati kisah2 cinta
dalam novel tersebut,
watak utama mengingatkan aku pada seseorang..
ya... seseorang yang pernah aku kagumi...
keperibadiannya persis ASYRAF...
kesantunannya umpama SAIFUDIN@LAKSAMANA SUNAN
kesabarannya laksana ANUAR
tetapi..
semestinya aku BUKAN NATASYA...
HAHA
kenapa ya mesti dia yang kuingati...
hahaha...
mula da aku nak mengarut ni...
tapi seriously memang wajah dia
yang aku nampak lepas baca novel ni...
haha..
mengarut kan????
ASTAGHFIRULLAH
duhai hati...menjauhlah kau dari zina hati
okey..cukup2...
lets take a look the synopsis...


Sinopsis: NATASHA hanyalah gadis kampung. Pertemuannya dengan Asyraf walaupun tanpa sepatah kata menimbulkan bait-bait kasih dalam hatinya. Begitu juga dengan Asyraf. Dia tahu Anuar, sahabat baiknya mencintai Natasha. Hakikatnya, dia hanyalah manusia biasa yang tidak dapat menolak gelora hati yang semakin membara. Mujur masih berbaki iman dan taqwa.

Natasha keliru. Jiwa dia ditagih oleh dua jejaka. Kasih pada Asyraf tidak pernah padam tetapi halangan orang tua membuatkan dia pasrah. Saat hatinya mula terbuka buat Anuar yang setia menanti, Asyraf hadir kembali mendambakan kasihnya.




nota kaki: nak tau ending cite ni??? pe lagi..bedah la buku ni..ending die memang best...
badnews, sang kekasih hati masih terlantar di ICU..masih belum menjumpai jantung
yang sesuai kate saudara doktor.... i miss u!!!



"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

Sunday, October 24, 2010

buatmu wanita

assalamualaikum....
pada pagi nan indah...
tetiba terasa nak bukak fesbuk...
nak baca messages yang sahabat2 seakidah hadiahkan
sebagai penguat iman lantas memantapkan akidah...
dan
tiba2
hati ini terpana
dengan sebuah puisi
khas buat diriku~ceh,perasan~
buat dirimu,
buat insan yang bergelar wanita.




Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang
yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman...



nota kaki: siyes..aku suka perumpamaan beliau...




"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

Tuesday, October 19, 2010

NILAMKU SAYANG....

MOOD: no mood... just look at the pictures
SITUATION: just after having a dinner with classmate
dinner ke kalau makan kul 5 lebih tu..hehe





SITUASI 1:
~ni la kedai makan yang kitorang pergi dinner berjemaah.. yang kaler kuning tu~
p/s: pemilik kedai x nak kedai die femes.. tu yang kecik giler gambar..haha

SITUASI 2:


~kedai makan ni pon sedap gak..~
>teringat saat2 menuruni bukit menuju ke kedai ni...


SITUASI 3:
~da makan, time tunggu bas nak balik NILAM pulak....~
"sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan"
oh tidak!!!!!



SITUASI 4:



~bukan ini yang kami tunggu, bukan ini yang kami nantikan~
maaf kerana 'anda' bukan bas pujaan hati kami..lalala



SITUASI 5:~terus menunggu sang pujaan hati~
tanpamu aku lemah..haha...hajat di hati nak jogging je ke NILAM....
tapi sure esok tak masuk kelas punye..
.


SITUASI 6:~masa terus berlalu meninggalkan kite....~
mane bas ni.....kawan aku da dpt panggilan 'CALL OF NATURE' ni..
hehehe
karang tak pasal2 ade yg berguling-guling atas tilam tar ni...



SITUASI 7:~terus menanti sang kekasih hati yang tak kunjung tiba~
haha..penat kot....
sabar2... ade hikmahnya....
laen kali takde pasal jgn cari pasal..haha



SITUASI 8:~miracle....haha bas datang~
jia:"aku macam nampak bas je..."

SITUASI 9:
~dia datang, dengan sangat 'slow'nya..haha lagi laju aku berlari hehe....~
walaupon pergerakanmu agak lembab, tetapi perkhidmatanmu tetap menjadi PUJAAN HATIKU...






nota kaki: haha.. bile aku belek2 dan kenang2 balik saat2 ni, terasa lawak gile..sampai tak cukup tanah nak guling2....papepon korang memang best...pada yang tolong
abeskan kuteaw kicap aku tu...thanks..haha NO PEMBAZIRAN..
pade yang gambau dan name yang terselit dalan blog aku ni...
yang tetiba jadi rakyat jelata kesukaan aku..hehe
aku mintak halalkan... UKHWAH FILLAH..



"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

Sunday, October 17, 2010

kenapa aku buat blog ni???

assalamualaikum...

bile pikir balikkan..
kenapa agaknya aku buat blog ni hah??
aku bukannye rajin update pon(ye ke??)
lagi satu...
kalau nak xpress pape
aku lagi prefer cakap dari tulis...
one more, tenet kat kawasan jin bertendang ni
punyelah low tahap dewa...
TIME NI LAP TOP AKU SEHAT SEJAHTERA..
plussss... lappy aku skrg ni kat ICU..
da tenat sangat..
tunggu mase nak bace talkin je dah ni...
ni pon cilok laptop org(dgn izin)..
assignment punyela bertan-tan
siap dengan present tu, present ni lah.
ade pulak la kan mase aku nak taip
bende2 cam gini... haha..
sebabnya...satu je..
i just want rant... RANT NOT RUN AWAY FROM THE PROBLEM..HEHE
without ade pencemaran bunyi...
sebab bukan sume kite bole xpress ke telinga org..
.
silap ari bulan tak pasal2 kena hambat
ngan batang penyapu...hehe
tapi kekadang bile da marah sgt tu
keluar jugak genetik mak nenek aku tu...
kalah murai tercabut ekor...
aku tak pandai lukis..so kalau aku lukis pun..
jahanam canvas tu.. memang seni habislah...
nak luah melalui nyayian??
lagi merdu suare aku dari katak kot...
bukan takat hujan...
siap kilat sabung-menyabung lagi...
so... alternatif laen....
aku buat la blog ni...sape nak bace,
nak dengar luahan aku dengarla...
(ko bace kuat2 pastu dgr sendiri..hehe)
NO PAKSAAN...
amacam, sistem demokrasi tak??
ke aku da macam diktator?? haha...
ape yang aku tulis base on my mood..
kalo panjang berjela-jela..
kalah panjang usus perut manusia..
means mood aku tengah ok giler la tu...
tapi kalau aku dah mula meng'copy' n paste
citer ke or what-so-ever... haha..
maknenye...
takde maknenye...
mood aku tahap subzero la tu...
tahap sejuk beku boleh mencecah -100degree..
haha ter0ver pulak...
yang penting,
suke hati akulah nak tulis apepe pon
kat tanah jajahan aku..haha
i'm the QUEEN..hehekalo ade yang tak puas ati ke...
yang nak menentang kuasa aku ke...
atau yang nak merampas tanah jajahan aku ni...
tinggalkan je kate2 hikmat korang kat blog ni...
aku terima segala kutukan,kritikan dari korang...
i'm open minded person ok..
haha terbukti sistem demokrasi aku...last but not least,
live well and never live hell
coz
sebagai manusia aku sayang korang sume...
deeply from my heart...


nota kaki: sume aku da sembur kat atas..haha da takde bende nak tulis... just nak bagi taw...aku ni jenis antisoc. ala2 POW gitu
> prisoner of war

"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

RANT AGAIN

ASSALAMUALAIKUM..


rasanye tak lengkap post yang aku tulis tanpa kalimah mulia ini...
just wanna to say that i really2 miss u SYAFIQAH...
walaupon aku tahu ko tak suka aku xpress feeling aku kat ko...
hehehe..
but i'm not lesbian ya....
really, selagi kau bernama SYAFIQAH,
aku akan sentiasa merindui dirimu yang
tak matured2 lagi tu..
hehe..
sudah matured ke kamu???
apekah perkembangan dirimu, sahabat??
rindukah kamu pada ku??? (soklan cepumas)
aku still seperti dulu...
>pemalu
>pendiam
> not too HOT hehe
(sume yg diatas tu aku tengah mempraktikkan ape yang kawan aku ajar
"naek lift tekan sendiri" hehe)
>aku still suke tido dengan buku
>still tido atas lantai...kekadang coz katil aku kt atas..
>still cerewet bab pakaian...tudung mesti matching ngan baju..hehe
>suke makan malam2...lapar...
>suke horlic..my fevret drink
and
>love chocolate..too much
aku still macam dulu takde ape yang berubah...
cume... keadaan yang berubah banyak mengajar aku
erti persahabat yang sebenar...
sekarang..
>takde sape nak kemaskan buku aku
>takde sape nak selimutkan aku tido
>takde sape nak jadi perunding imej aku
>tak de sape nak temankan aku makan malam2
>tak de sape nak kongsi minat aku
dan yang paling penting
>takde sape nak buatkan aku list zauj-to-be..hehe..
thanks for calling me yesterday..
i've too many things to share wif u...


nota kaki: i do really miss u la syafiqah...kenapa?? tak percaya?? haha... percayalah(ala2 siti)
jom kite buat reunion?? PERSATUAN IBU2 PRIHATIN..hehe.. ajak editor BERITA
HAIRAN sekali, CIK SYAUQAH WARDAH, suh dia buat liputan merangkap presiden
ibu2 prihatin.......tak lupe IBU KEPAK...haha senang cite, SUME AHLI2 PERSATUAN IBU2 PRIHATIN+ MESYUARAT PINTU..hehe



"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!
"some say choc will make you feel better, no matter how bad your state is" i do love chocolate!! pretty much!!

Saturday, October 16, 2010

aku bukan siapa2.....

aku bukan siapa2..
aku hanyalah insan yang kerdil
bahkan lagi kerdil dari sang semut...
malah jauh lagi kerdil pada pandangan MANUSIA..

aku bukan seorang yang alim
bukan jua seorang yang solehah
apatah lagi seorang yang 'siqah'
jauh sekali seorang syahidah
bahkan aku bukan hamba yang taat...

layakkah aku menerima segala nikmatNYA??
masihkan aku layak diberi pengampunan???
aku khilaf ya RABB
sehingga aku terlupa bahawa
ENGKAU MAHA PENGAMPUN
DOSA2 BESAR...

YA ALLAH..
akalku terhad,
ilmuku dangkal,
ampunilah dosa-dosaku....

namun,
aku insan yang punyai akal,
aku insan yang punyai perasaan,
jua insan yang punyai pegangan,
ALHAMDULILLAH YA RABB...
kerna ENGKAU tidak menarik nikmat
agung yang kumiliki
nikmat IMAN dan ISLAM
kerana aku dapat merasakan kemanisan
"nikmat hati yang inginkan kepada tarbiyyah"
tarbiyyah daripada seorang murabbi
bimbingan dari seorang wira agama
yang dapat meluruskan jalanku dengan izinMU

semoga kelak,
aku mampu menjadi murabbi
kepada zuriat yang bakal kulahirkan
jua pada anak2 didik yang akan kucorak hidupnya
INSYAALLAH
dengan izinMU aku ingin menjadi seorang
MUJAHIDAH jua SYAHIDAH
kerna mungkin ku kerdil pada pandangan manusia
namun aku ingin kelihatan bersih pada pandanganMU..
aku hanya mampu merancang,
ALLAH jua yang menentukannya...




nota kaki: aku tak tau macam mane aku boleh tulis bende ni...actually it
comes from the bottom of my heart...

just a rant II

salam sejahtera pembuka bicara....

three days holiday make me miss the uni life
just three days!!!!
am i crazy.....haha
i'm in love with the bus...
not the 'pak cik bus'!!!
really2 miss my momentary sea of humanity,
that riding the crest of its wave,just like a roller coaster..hehe
and sometime just slow like a turtle...
its rattles delight me, its smells,
the crush of its people and their bags....
i really2 miss that moment and it will happen again next monday.....
and just after that,
i felt terribly jaded...
but i love it!!!
and still, my RUHUL JADID will always be my main purpose...


nota kaki: haha nothing to say...just a rant...rant without any sound...opss maybe a little sound of dancing finger on the keyboard... SMILE always although your heart is hurts... because of your smile, you can make other smile and feel happy.... so SMILE!!!

Friday, October 15, 2010

just a rant


assalamualaikum azraQ...
terasa sunyi bile sahabat seperjuangan tiada di sisi...
i really miss our silent rant SYAUQAH WARDAH...
bawah papan tanda bersejarah...
sambil2 'skodeng' anak pak cik 'rumah cantik'...
our shared, our moment..just our moment...
walau bicara tanpa suara..
hanya bunyi burung berkicauan..
kekadang bunyi kambing....hehe
namun suasana petang yang permai itu
cukup mendamaikan jiwa yang resah....
kini, aku keseorangan lagi...
dulu, kini tapi tak mungkin selamanya..haha
-kerna aku ada DIA yang sentiasa disisiku-
tiada lagi gurau senda tiap pagi,

main ketuk2 pintu,
tampal advertisement yang 'berfaedah' kat tepi toilet,
jadi DJ tak bertauliah,
mengajak sahabat seakidah menyahut seruan YANG MAHA PENCIPTA.... walking to musolla menuntut ilmu fardu ain,
sambil tu jumpe zauj-to-be...haha kenangan terindah..
buat serbuan tak tentu pasal malam2 buta..hehe..i'ill remember it...
daki tangga ' batu cave' semata-mata dahagakan ilmu...
organize party, walaupon penat but i got MIZ DA BOMB tittle...
haha
main kejar2 tepi pantai...haha>adeke???
jadi artis rakaman.... (ayat2 cinta) ,
pakai baju kurung + seluar.....
jadi model 'gadis tepi pantai'hehe
banyak yang kita kongsi bersama..
hadapi segala pahit manis bersama....

takkan pernah aku lupakan dirimu
selagi YANG MAHA KUASA masih memberi aku nikmat untuk bernafas..

Sunday, October 10, 2010


Mahu Mendapatkan Yang Soleh,
Kurangkan Agenda Mencari Si Soleh,

Tetapi Berusahalah Menjadi Yang Solehah,
Jika Ingin Yang Solehah,

Jangan Cerewet Sangat Mencari Yang Solehah,

Tetapi Berusahalah Menjadi Si Soleh,

Bertemu Yang Solehah,

Belum Tentu Kesolehannya Akan Kekal,
Bertemu Yang Soleh,

Solehnya Boleh Berubah,
Kerana Si Soleh Dan Si Solehah Adalah Insan Biasa


nota kaki:
siyes2.. bile bace balik bende ni aku rindu like crazy moment2 kat m3x dulu....huahua... andai dapat kuputarkan masa.....

Friday, October 8, 2010

RINDU SEORANG MUSAFIR

saat hati gersang tanpa siraman jihad,
saat jiwa meronta memohon ALLAH pulangkan
semula bidadari2 penyemai baja keinsafanku,
saat aku masih tercari-cari di mana hilang
RUHUL JADIDku,
mana pergi SYAUQAH WARDAHku?
mana hilang AKU?? diriku?
saat aku hampir rebah dan tertanya-tanya
bila KEKASIH mahu merungkai segala pertanyaanku,
bila DIA mahu menyingkap segala HIKMAH
disebalik segala sendu ini,
aku terpana dengan warkah BIRU,
sedamai sungai Nil,
rupa-rupanya YA RAHMAN memilih kamu..
mendamaikan jiwa MERAH aku..
tentu saja DIA menghantar kamu menjadi
pengubat segala resah agar aku
kembali berlari dengan deras...
aahh.. terasa sangat dicintai...
baruku sedar,
apa HIKMAH ALLAH turunkan,
rupa-rupanya DIA mahu menghadiahkan kita
nikmat kerinduan saat jasad berjauhan...
sebiru jiwa AZRAQ ASRAR,
semerah semangat SYAUQAH WARDAH,
secantik UNGU VIOLET ukhwah ini...



nota kaki; sahabat, saat kubaca kirimanmu ini, keimananku sedang diuji YANG MAHA PENCIPTA.... hampir2 ku rebah tersungkur dengan ujian yang melanda diri ini.. baru kusedari nikmat sihat itu..... aku bersyukur pada MU ya RABB... kerana kasih sayangMU terhadap diriku mengajarku erti cinta seorang sahabat... aku bersyukur padaMU kerana ENGKAU, PEMILIK SEGALA HATI tidak menarik kembali nikmat ukhwah dan cinta ini dalam hati seorang AZRAQ...

Saturday, October 2, 2010

Kecintaan Kepada Syahid


.Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar. Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat.

Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan. Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”

Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud:

“Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.
Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.
Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur.

Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.”

Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.”

Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta.

Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu.

Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja. Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam.

Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga.
Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya!

Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.”

Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”

Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”

Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya.

Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.”
Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu.

DOA

DOA
Masthead Banner Made with MyBannerMaker.com! Click here to make your own!
Create your own banner at MyBannerMaker.com!

ukhwah fillah

ukhwah fillah