Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka
jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula
ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu
itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat
70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000
belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula
terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu
terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula
terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat
70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut
bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula
memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas k
ala tersebut ianya
mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat
nanti akan dibuka penutup neraka Jahan
am, maka sebaik sahaja
pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang
mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan
asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah
kumpulan asap mengepung mereka di se
belah hadapan muka mereka,
serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang
mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apa
bila terpandang akan asap tersebut
maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil:
“Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah
bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam
itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik
oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga
neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah
At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-
malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai
kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul
yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut.
Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke
dalam neraka Jahanam.
nota kaki: artikel yang menyedarkan aku tentang azab ALLAH buat hamba2NYA yang lalai bertuhankan DUNIA..
YA ALLAH PELIHARALAH KAMI HAMBA2MU DARI AZAB API NERAKA.. ameen